airasia academy komited sokong ekonomi gig melalui pemerkasaan teknologi pendidikan
KUCHING, 5 Oktober 2023 – airasia academy, platform teknologi pendidikan Capital A, telah menzahirkan komitmennya untuk menyokong serta mempertingkat ekonomi gig melalui teknologi pendidikan yang direka untuk meningkatkan kemahiran, kebolehpasaran, serta potensi pendapatan mereka.
Ekonomi gig yang terdiri oleh karyawan bebas, kontraktor bebas dan pekerja atas permintaan telah menjadi sebahagian daripada landskap tenaga kerja hari ini. Pekerja gig, di samping menikmati fleksibiliti, sering menghadapi cabaran dalam mengakses peluang pendidikan dan pembangunan kemahiran yang berkualiti. airasia academy berazam untuk merapatkan jurang ini dengan memanfaatkan Program Bina Kerjaya, satu inisiatif edutech dengan kerjasama PERKESO dan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) yang direka untuk meningkatkan peluang bagi pekerja gig, pekerja bebas dan komuniti yang bekerja sendiri. Program latihan yang dibiayai ini bertujuan untuk memperkasakan individu dengan meningkatkan kemahiran mereka dalam pemasaran, teknologi, dan kemahiran insaniah yang akan meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam landskap tenaga kerja.
Komitmen ini sejajar dengan misi besar airasia academy dalam memupuk tenaga kerja yang dinamik dan berdaya tahan dalam menghadapi pasaran pekerjaan yang berkembang pesat seiring Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0).
Presiden (Pelaburan dan Usahaniaga) Capital A dan Ketua Pegawai Eksekutif airasia academy, Aireen Omar berkata, “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, khususnya Timbalan Menteri Dato Gerald Rentap Jabu, atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam mendapatkan seramai mungkin belia Sarawak untuk menyertai Program Bina Kerjaya. Ekonomi gig sedang membentuk semula cara orang ramai bekerja, dan kami mahu memastikan pekerja gig mempunyai setiap peluang untuk berkembang maju dalam landskap baharu ini. Melalui pemerkasaan edutech, kami membuka jalan kepada pekerja gig untuk berjaya, berkembang dan kekal berdaya saing.
“Kami ingin menggalakkan semua pekerja gig yang layak, pemilik perniagaan dari rumah dan pekerja bebas untuk mendaftar untuk Program Bina Kerjaya. Pasukan kami di Sarawak akan melawat pekan-pekan kecil dan kampung-kampung untuk menyebarkan berita di sekeliling bagi memastikan seramai mungkin orang boleh mendapat manfaat daripada program ini.”
airasia academy menjemput pekerja gig, pihak berkepentingan dalam ekonomi gig, dan media untuk menyertai kami dalam inisiatif yang menarik ini ke arah tenaga kerja yang lebih perkasa dan berkemahiran. Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif dan program edutech kami, sila layari airasiaacademy.com.
***TAMAT***