SANTAN KINI MENYAJIKAN HIDANGAN KEGEMARAN ANDA DI FOOD DISTRICT TERMINAL 2 KLIA

(L-R) Tan Huang Ming dan Catherine Goh di outlet Santan yang baru dilancarkan di Food District.

SEPANG, 4 JULAI 2025 – Santan, jenama makanan dan minuman di bawah Capital A, dengan bangganya mengumumkan pembukaan kedai di Food District, medan selera baharu di gateway@klia2.

Di kedai ini, pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan kegemaran dalam penerbangan dan minuman istimewa Santan — semuanya di satu tempat yang selesa dan mudah diakses. Antara hidangan ikonik yang boleh dinikmati termasuk Nasi Lemak Pak Nasser, Nasi Ayam Uncle Chin, Kari Hijau Thai, Nasi Padang Rendang Daging, dan banyak lagi — kini boleh dinikmati di darat pada harga serendah RM14.

Turut ditawarkan ialah produk Ready-to-Eat (RTE) Santan yang tular, seperti Mi Sup Mala Daging dengan Hirisan Ayam yang menggunakan teknologi pengeringan beku — hanya tambah air panas, dan makanan siap dalam beberapa minit. Sesuai juga untuk dibawa pulang dan dinikmati bila-bila masa.

Peminat pencuci mulut pula pasti suka dengan The OG Burnt Cheesecake, satu lagi menu kegemaran ramai. Untuk minuman pula, pelanggan boleh cuba The Best Santan Latte, ZERO Pistachio Latte, dan pelbagai pilihan menyegarkan dari rangkaian Club ZERO.

Sempena dengan majlis pembukaan, Food District menawarkan satu promosi khas dengan setiap pembelian Nasi Lemak Pak Nasser (RM14) pelanggan boleh menikmati The BEST Santan Latte pada harga hanya RM5! (Harga asal RM13). Tawaran terhad untuk masa yang singkat sahaja.

Catherine Goh, Ketua Pegawai Eksekutif Santan berkata “Selain hidangan dalam penerbangan, Santan kini turut menawarkan produk Ready-to-Eat di restoran, kedai serbaneka dan pasar raya. Pada tahun 2024, lebih 500,000 unit RTE telah terjual, menunjukkan sambutan hebat terhadap produk Santan di darat. Kami teruja alas pelawaan pihak Food District untuk membawa rasa Santan ke gateway@klia2.”

Tan Huang Ming, Ketua Pegawai Eksekutif Nomnom Brands Sdn Bhd berkata “Kami sangat berbesar hati menyambut Santan ke Food District. Hidangan yang amat dikenali ramai dan pendekatan runcit Santan sangat seiring dengan misi kami untuk menyediakan satu pengalaman medan selera moden dan berkualiti tinggi. Kerjasama ini menunjukkan sokongan berterusan kami terhadap jenama tempatan yang hebat.”

Santan kini bukan sahaja beroperasi dalam penerbangan, tetapi juga telah berkembang ke pasaran runcit, makanan siap ambil (grab-and-go), katering dan bekerjasama dengan jenama besar. Ini membolehkan lebih ramai orang menikmati hidangan ikonik Santan dalam kehidupan seharian. Pembukaan kedai baharu ini mengukuhkan lagi misi Santan untuk menyediakan makanan yang sedap dan mudah didapati, bila-bila masa — sama ada di udara atau di darat.

TAMAT