ikhlas.com lebarkan sayap ke Malaysia Timur dengan pembukaan cawangan pertama di Tawau
Keterangan gambar: (Dari kiri) Pengurus ikhlas.com cawangan Tawau, Rabia Abu; Ahli Dewan Undangan Negeri Kukusan, Datuk Rina Jainal; Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin dan Penasihat Komersial ikhlas.com, Datuk Rosyam Nor pada majlis perasmian pejabat cawangan pertama ikhlas.com di T2 @ Apas in Tawau, Sabah.
TAWAU, 6 Julai 2025 – Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) penyedia perkhidmatan umrah mesra bajet dengan servis premium di bawah Capital A Berhad, secara rasmi telah membuka cawangan pertamanya di Sabah, satu pencapaian yang signifikan dalam perkembangan syarikat itu di Malaysia Timur.
Majlis perasmian pejabat cawangan ikhlas.com yang terletak di pusat komersial ikonik baharu Tawau, T2@Apas, telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kukusan, YB Datuk Rina Jainal dengan disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin dan Penasihat Komersial, Datuk Rosyam Nor.
Ikhlas berkata: “Majlis hari ini membuktikan komitmen kami dalam menyediakan pengalaman umrah yang paling mesra bajet, lengkap dan selesa untuk semua jemaah umrah. Permintaan di Sabah, khususnya di Tawau, adalah sangat tinggi dan terima kasih kepada para Sahabat (ejen) kami yang berdedikasi, kami telah berjaya mencapai misi untuk menjadikan perkhidmatan kami lebih mudah diakses oleh masyarakat setempat.”
“Kami di ikhlas.com begitu peka dan teliti dalam proses pemilihan dan pembukaan cawangan ini bagi memastikan dapat menyediakan perkhidmatan terbaik pada komuniti setempat dan seterusnya membantu para jemaah dalam memastikan niat mereka dalam mengerjakan ibadah umrah dapat ditunaikan. Kami juga berhasrat untuk terus melebarkan sayap di beberapa lokasi dan sedang dalam proses penelitian untuk membuka cawangan seterusnya.”
Pengurus ikhlas.com cawangan Tawau, Rabia Abu berkata: “Kami amat teruja untuk menyambut kehadiran bakal Duyufurrahman (tetamu Allah) yang sedang mencari pakej umrah terbaik dan paling berpatutan, dengan perkhidmatan dalam penerbangan yang berkualiti, pilihan naik taraf tempat duduk yang berbaloi serta set bagasi bergaya dengan ikhlas.com tanpa perlu risau tentang urusan logistik.”
Cawangan ikhlas.com di Tawau menawarkan akses mudah kepada pelanggan dengan lokasinya yang strategik, kemudahan mesra OKU, ruang letak kereta yang luas serta ruang yang selesa untuk tetamu. Rabia juga menawarkan diskaun eksklusif untuk penduduk Tawau.
Rabia, yang merupakan salah seorang ejen jualan ikhlas.com berjaya, juga adalah pengasas Alifah Group Sdn Bhd yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan termasuk makanan sejuk beku, hasil segar, produk kecantikan dan aksesori fesyen di seluruh Sabah.
Dilancarkan semasa pandemik pada Oktober 2020, ikhlas.com ialah sebuah platform gaya hidup dan kembara mesra Muslim yang direka khas bagi membantu umat Islam menunaikan tuntutan agama dengan mudah. Selain ikhlas.com Umrah dan Travel (perjalanan mesra Muslim) dengan kerjasama anak syarikat penerbangan AirAsia, ikhlas.com juga memudahkan pelaksanaan Zakat, Sadaqah, Aqiqah, Fidyah, Qurban dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran Umrah eksklusif ikhlas.com bagi penduduk Tawau, sila hubungi 089-959475 atau 011-1523 7781 atau kunjungi pejabat ikhlas.com cawangan Tawau di A.23.3, Aras 2 T2@APAS, Bandar Tawau.