ikhlas.com tunai impian 1,000 asnaf laksana ibadah umrah

Keterangan gambar: Pengerusi Eksekutif Capital A Berhad, Datuk Kamarudin Meranun dan Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin bersama kumpulan pertama jemaah Umrah 1,000 Asnaf sebelum keberangkatan mereka ke Jeddah dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur Terminal 2 (klia2) di Sepang.

SEPANG, 14 Julai 2024 – Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) menunaikan impian golongan asnaf untuk melaksanakan ibadah umrah dengan keberangkatan pertama kumpulan jemaah istimewa ‘Umrah 1,000 Asnaf’ ke Tanah Suci dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (klia2).

Kumpulan istimewa ini terdiri daripada 15 individu asnaf yang telah dipilih daripada ribuan calon menerusi proses saringan teliti bagi melayakkan mereka menerima tajaan penuh untuk menunaikan ibadah umrah termasuk kos pasport, vaksinasi, visa, penerbangan pergi balik AirAsia serta pakej umrah lengkap dan selesa bersama ikhlas.com.

Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata: “Kami sedang mengatur jadual keberangkatan untuk kira-kira 200 jemaah asnaf untuk pelepasan seterusnya dan menjangkakan sejumlah 1,000 asnaf dapat mencapai impian mereka mengerjakan umrah sebelum berakhirnya musim Umrah 1447H tahun depan.

“Kami menjemput badan korporat yang ingin menyumbang kepada inisiatif Umrah 1,000 Asnaf agar berhubung terus dengan kami. Semoga kita semua dapat bersama-sama menghantar lebih ramai lagi golongan asnaf ke Tanah Suci pada musim umrah berikutnya, inshaAllah.”

Program Umrah 1,000 Asnaf dilancarkan sempena sambutan Ulang Tahun ke-5 ikhlas.com dengan misi untuk memperkasakan komuniti setempat dalam mengenal pasti golongan asnaf yang terpilih untuk merealisasikan impian mereka melaksanakan ibadah umrah. Ia selaras misi ikhlas.com untuk menjadikan Umrah mampu diakses oleh semua umat Islam, termasuk mereka yang tidak berkemampuan, sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.

Rakyat Malaysia masih boleh mengemukakan pencalonan melalui pautan https://ikhlas.com/ms/my/umrah-1000-asnaf dan pihak ikhlas.com akan menjalankan proses saringan sebelum calon disenarai pendek sebagai penerima tajaan Umrah 1,000 Asnaf.

Dilancarkan semasa pandemik pada Oktober 2020, ikhlas.com merupakan platform gaya hidup dan kembara mesra Muslim yang direka khas bagi membantu umat Islam menunaikan tuntutan agama dengan mudah. Selain ikhlas.com Umrah dan Travel (perjalanan mesra Muslim) dengan kerjasama anak syarikat penerbangan AirAsia, ikhlas.com juga memudahkan pelaksanaan Zakat, Sadaqah, Aqiqah, Fidyah, Qurban dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari ikhlas.com atau muat turun aplikasi aplikasi mudah alih menerusi Apple App Store dan Google Play Store.