MOVE Tawar 'Pengalaman Eksklusif MOVETIX Legends' untuk Zurich Liga 7x7 All Stars 2025
KUALA LUMPUR, 30 Jun 2025 — AirAsia MOVE (MOVE), platform Ejen Pelancongan Dalam Talian (OTA) di bawah Capital A, dengan bangganya diumumkan sebagai Rakan Pelancongan Rasmi untuk Zurich Liga 7x7 All Stars 2025, festival bola sepak dan gaya hidup paling dinanti-nantikan di Malaysia yang akan berlangsung pada 19 Julai 2025di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.
Sempena kerjasama yang kerjasama menarik ini, platform penjualan tiket acara di bawah MOVE iaitu MOVETIX telah diberi hak eksklusif untuk menjual MOVETIX Exclusive Legends Experience, pakej khas yang merangkumi akses istimewa sesi meet & greet bersama lagenda bola sepak antarabangsa John Terry, Dimitar Berbatov, Ryan Giggsserta ikon tempatan Safee Sali.
Zurich Liga 7x7 All Stars 2025 bukan sekadar perlawanan bola sepak, ia merupakan sebuah festival penuh aksi yang menggabungkan elemen sukan, muzik, makanan dan hiburan. Ikon bola sepak dunia seperti John Terry, Ryan Giggs dan Dimitar Berbatov bakal beraksi bersama legenda tempatan dan barisan influencer terkenal dalam format 7-sebelah yang mengujakan. Pengunjung turut diberi peluang menikmati pelbagai cabaran interaktif, barangan eksklusif, persembahan langsung dan aktiviti mesra keluarga, menjadikan acara ini sebagai hari yang sempurna untuk peminat dari semua peringkat umur.
Tempah MOVETIX Exclusive Legends Experience anda di platform MOVETIX hari ini pada harga istimewa RM850* sahaja. Pakej eksklusif ini termasuk:
Akses masuk pantas ke acara
Tempat duduk premium tepi padang untuk pengalaman tontonan terbaik
Sesi bergambar berkumpulan bersama keempat-empat legenda bola sepak (John Terry, Ryan Giggs, Dimitar Berbatov, Safee Sali)
Sesi tandatangan (bawa barangan merch atau jersi kegemaran anda!)
Akses khas ke kaunter barangan rasmi Liga X
Hidangan ringan disediakan di tepi padang
Baucar diskaun penerbangan & penginapan eksklusif di aplikasi MOVE:RM100 diskaun untuk pakej SNAP (Penerbangan + Hotel) & RM60 diskaun untuk tempahan Hotel sahaja
Hassan Choudhury, Ketua Pegawai Eksekutif MOVETIX berkata,"Ini bukan sekadar tiket, ia adalah akses barisan hadapan ke dalam dunia bola sepak, muzik dan budaya. Kami berbangga menjadi platform eksklusif yang membawa pengalaman VIP ini kepada para peminat bola sepak di seluruh rantau. Di MOVETIX, kami bukan sekadar menjual tiket, tetapi kami juga mencipta detik-detik istimewa yang diintegrasikan secara menyeluruh dalam ekosistem MOVE, merangkumi penerbangan, penginapan, pengangkutan lapangan terbang dan pelbagai pengalaman lain untuk melengkapkan setiap perjalanan."
Ikuti perkembangan terkini daripada AirAsia MOVE dengan mengikuti @airasiamove di Instagram & TikTok atau @airasia di X untuk mendapatkan kemas kini terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun AirAsia MOVE anda dari Apple App Store, Google Play Store and Huawei App Gallery.
*** TAMAT ***
*Tertakluk pada terma dan syarat.