AirAsia Media Jalin Kerjasama Strategik Bersama Xoomplay untuk Perkenal Iklan Dalam Kenderaan AirAsia Ride
KUALA LUMPUR, 13 Jun 2025 – AirAsia Media, cabang media pelancongan di bawah Capital A, sukacitanya mengumumkan jalinan kerjasama strategik bersama Xoomplay Technologies, penyedia penyelesaian pengiklanan digital, bagi memperkenalkan tablet dalam kenderaan di dalam kenderaan AirAsia Ride. Inisiatif ini menawarkan saluran pengiklanan berimpak tinggi untuk jenama, di samping menambah baik pengalaman perjalanan penumpang.
Kerjasama tiga pihak antara AirAsia Media, AirAsia Ride dan Xoomplay Technologies ini dimeterai dalam satu majlis menandatangani perjanjian yang berlangsung baru-baru ini di Kuala Lumpur oleh Mahek Shah, Ketua AirAsia Media, Ramanathan A.M.N Thiagarajan, Ketua Pegawai Kewangan MOVE yang turut memegang peranan sebagai Ketua AirAsia Ride, dan Christian Teo, Pengarah Urusan Xoomplay Technologies.
Mahek Shah, Ketua AirAsia Media berkata, “Di AirAsia Media, kami sentiasa mencari pendekatan baharu untuk menghubungkan jenama dengan audiens yang tepat. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Xoomplay dalam memperkenalkan iklan tablet dalam kenderaan AirAsia Ride. Inisiatif ini meluaskan jangkauan jenama melebihi penerbangan, sekaligus mewujudkan pengalaman jenama yang lancar dan konsisten merentasi pelbagai titik sentuhan dalam ekosistem perjalanan Capital A.
Ramanathan A.M.N Thiagarajan, Ketua Pegawai Kewangan MOVE berkata, “Kolaborasi ini lahir daripada hasrat kami untuk mempertingkat pengalaman perjalanan penumpang dan pada masa sama membuka peluang nilai baharu kepada rakan niaga. Penumpang kini boleh menikmati kandungan terpilih dan hiburan sepanjang perjalanan mereka, manakala syarikat yang menyediakan iklan pula berpeluang menjangkau audiens di bandar-bandar utama di Malaysia.”
Christian Teo, Pengarah Urusan Xoomplay Technologies berkata, “Kami amat berbesar hati dapat menjalin kerjasama bersama AirAsia Ride dan AirAsia Media. Ia membuka peluang luas kepada jenama untuk berhubung dengan pengguna berpotensi tinggi, selain menambah nilai kepada pengalaman penumpang menerusi kandungan yang menarik. Kami berharap dapat terus bekerjasama rapat untuk membantu jenama memaksimumkan jangkauan mereka.”
Selain penyelesaian iklan dalam kenderaan, AirAsia Media turut menawarkan rangkaian penyelesaian pengiklanan berasaskan data merentasi ekosistem perjalanan, termasuk iklan dalam aplikasi MOVE, media dalam penerbangan pesawat AirAsia dan banyak lagi merentasi ASEAN.
Jalin kerjasama bersama AirAsia Media hari ini.Layari https://www.airasia.com/ads/index.html atau hubungi kami di or ads@airasia.com untuk mengetahui bagaimana aset pengiklanan eksklusif kami boleh mengangkat jenama anda ke tahap yang lebih tinggi.
*** ENDS ***
About AirAsia Media
AirAsia Media is the travel media division of Capital A, under AirAsia MOVE, leveraging the group’s extensive ecosystem to deliver data-driven and creative advertising solutions for brands across Asia.
About Xoomplay Technologies Sdn Bhd
Xoomplay Technologies stands at the forefront of digital innovation, providing in-car tablet advertising solutions that transform traditional advertising into a dynamic, interactive experience. Focused on big data-driven insights and targeted advertising, Xoomplay empowers brands to achieve high conversion rates through engaging, personalized campaigns.