AirAsia Rewards dan B Infinite bekerjasama untuk penukaran mata dua hala, beri manfaat lebih kepada pengguna
Ahli AirAsia kini boleh menukar ‘B points’ke mata AirAsia dan sebaliknya, membuka peluang kepada pelbagai ganjaran dan keistimewaan merentasi kedua-dua program.
KUALA LUMPUR, 6 Mac 2025 – AirAsia Rewards, program kesetiaan di bawah Capital A, hari ini mengumumkan kerjasama baharu dengan B Infinite, sebuah program ganjaran gaya hidup terkemuka di Malaysia. Melalui kerjasama ini , ahli AirAsia kini boleh memautkan akaun B Infinite mereka ke akaun AirAsia melalui AirAsia Xchange di aplikasi AirAsia MOVE untuk menukar B Points kepada mata AirAsia dan sebaliknya secara serta-merta pada kadar berikut:
3,000 B Points untuk 1,000 mata AirAsia
3,000 mata AirAsia untuk 1,000 B Points
Kerjasama strategik ini membolehkan ahli kedua-dua program menikmati lebih fleksibiliti dengan menggunakan AirAsia Points untuk menebus penerbangan, penginapan hotel, pembelian bebas cukai, dan banyak lagi, sambil turut mendapat manfaat daripada rangkaian luas peniaga B Infinite merentasi pelbagai industri. Dengan kerjasama ini, kedua-dua program menawarkan nilai tambah yang lebih tinggi , memberikan lebih kebebasan kepada pelanggan untuk memaksimumkan mata ganjaran mereka dan menikmati pelbagai ganjaran yang lebih meluas, merangkumi perjalanan dan gaya hidup.
Nicole Tan, Ketua AirAsia Rewards, berkata, “Kerjasama baharu dengan B Infinite ini merupakan pencapaian penting bagi AirAsia Rewards, membolehkan ahli menikmati lebih fleksibiliti dalam penggunaan mata AirAsia serta akses kepada pelbagai ganjaran daripada rangkaian jenama dan rakan niaga Berjaya Corporation Berhad. Ini mencerminkan komitmen berterusan kami untuk memperkayakan pengalaman ahli, mengukuhkan hubungan dengan jenama tempatan, dan memperluaskan kegunaan AirAsia Points. Akhirnya, kerjasama ini meningkatkan nilai yang kami tawarkan kepada pelanggan setia dan membawa kami lebih dekat kepada visi menjadikan AirAsia Points sebagai mata ganjaran digital universal.”
Kevin Wong, Ketua Perniagaan B Infinite, berkata, “Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan AirAsia Rewards bagi membolehkan ahli kami mendapat akses segera kepada pelbagai manfaat perjalanan dan gaya hidup AirAsia. Melalui kerjasama ini, ahli B Infinite kini boleh memperoleh dan menebus BPoints—sama ada ketika membeli keperluan harian atau merancang percutian mereka yang seterusnya. Kami teruja untuk menjadikan setiap pengalaman harian lebih bermakna dan bermanfaat untuk semua.”
Ikuti perkembangan terkini daripada AirAsia Reward dengan mengikuti @airasiarewards di Instagram atau @AirAsia Rewards di Facebook untuk mendapatkan kemas kini terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun AirAsia MOVE anda dari Apple App Store, Google Play Store and Huawei App Gallery.
***
About AirAsia rewards
AirAsia rewards started as an airline loyalty programme for AirAsia and has since evolved into a comprehensive lifestyle rewards platform that extends beyond flights, offering a more holistic approach to rewarding loyal AirAsia members. With a diverse range of partners spanning lifestyle, travel, and financial services categories, AirAsia Rewards has grown into one of the largest points platforms, enabling borderless earn-and-burn activities across ASEAN and beyond.
About B Infinite
BLoyalty Sdn Bhd is a subsidiary of Berjaya Corporation Berhad, which owns and manages B Infinite (formerly BCard), Malaysia's leading lifestyle rewards and loyalty programme. B Infinite collaborates with merchants nationwide to deliver an exceptional and personalised reward experience to its members.
*Tamat*