Dapatkan Pas 3 Hari Eksklusif ke ComplexCon Hong Kong 2025, Hanya di MOVETIX!
Tiket terbaru dengan sekatan pandangan untuk 23 Mac, menampilkan NJZ sebagai artis utama, kini tersedia secara eksklusif di MOVETIX.
Nikmati akses 30% lebih murah apabila anda membeli pas eksklusif 3 hari!
KUALA LUMPUR, 12 MAC – AirAsia MOVE menghidupkan semangat pencinta festival dengan tawaran eksklusif menerusi platform tiket globalnya, MOVETIX!Ahli AirAsia MOVE kini boleh mendapatkan pas khas 3 hari, tiket terbaru dengan sekatan pandangan untuk konsert Complex Live! pada 23 Mac yang menampilkan NJZ sebagai peneraju, serta diskaun istimewa untuk tiket harian terpilih.
ComplexCon Hong Kong 2025 akan berlangsung dari 21 hingga 23 Mac di AsiaWorld-Expo, Hong Kong dan merupakan festival unik yang menggabungkan budaya pop, muzik, fesyen, seni, makanan serta fesyen jalanan dalam tiga hari pengalaman yang penuh inspirasi.
Nikmati persembahan muzik daripada lebih 40 artis, terokai lebih 150 jenama terkemuka di Complex Marketplace, dan sertai perbincangan menarik di ComplexCon(versations). Tahun ini, ComplexCon Hong Kong membawa pengalaman ke tahap baharu dengan Zon ESPORTS pertama yang dibawakan oleh HSBC One, menggabungkan dunia permainan dan budaya, serta menawarkan pengalaman kulinari yang lebih eksklusif melalui Family Style Food Festival.
Barisan utama Complex Live! Concerts menampilkan Metro Boomin, penerbit berpengaruh dalam industrinya, serta bintang hip-hop Korea ZICO dan NJZ (dahulunya dikenali sebagai NewJeans). Mereka akan disertai oleh gabungan bakat global dan serantau yang memukau, termasuk Quavo, Digi Ghetto, B.I, CHANGMO, Lil Moshpit, Sik-K, THOMEBOYDONTKILL, Shuzo, ¥ellow Bucks, MC Jin, dan JACE.
Berikut adalah tawaran eksklusif yang disusun khas di MOVETIX:
Pas 3 Hari
Dapatkan akses penuh ke T2 Standing Concert selama 3 hari dengan harga MYR1930 sahaja! Pas istimewa ini termasuk hari kemuncak pada 23 Mac yang menampilkan NJZ sebagai artis utama, dengan diskaun 30% berbanding membeli tiga tiket harian secara berasingan. Tawaran eksklusif ini hanya terdapat di MOVETIX! Dapatkannya disini sekarang!
Tiket Terhad Baharu untuk 23 Mac (NJZ sebagai artis utama)
MOVETIX dengan sukacitanya membawa akses eksklusif kepada ahli AirAsia MOVE untuk mendapatkan tiket terhad yang baru dikeluarkan bagi Complex Live! pada 23 Mac, menampilkan NJZ sebagai artis utama! Tiket tempat duduk T1 (termasuk yang mempunyai sekatan pandangan) kini tersedia,Jangan lepaskan peluang dapatkan tiket anda sekarang di MOVETIX!
Tiket Harian untuk 21/22 Mac dengan Diskaun 25%
Ingin menikmati hanya satu daripada tiga hari ComplexCon 2025? Tiada Masalah! Kini ditawarkan dengan diskaun 25%. Ekslusif hanya di MOVETIX. Dapatkan tiket anda disini sekarang!
Buka Aplikasi MOVE dan tekan ikon ‘Events & Activities’ di laman utama atau kunjungi airasia.com lalu pilih tiket yang anda inginkan.
Berikut adalah peta tempat duduk untuk rujukan anda:
Ikuti perkembangan terkini daripada AirAsia MOVE dengan mengikuti @airasiamove di Instagram & TikTok. Muat turun AirAsia MOVE anda dari Apple App Store, Google Play Store and Huawei App Gallery.
*** TAMAT ***