AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia tawar promosi hebat di AirAsia Travel Fair Kuching 2025

KUCHING, 8 Februari 2025 – AirAsia membuka tirai tahun ini dengan menganjurkan AirAsia Travel Fair 2025 di Vivacity Megamall, Kuching sebagai komitmen berterusan oleh syarikat penerbangan ini bagi menyokong pertumbuhan pelancongan negeri selaras dengan usaha Sarawak untuk menarik lebih ramai pelancong.

AirAsia Travel Fair yang akan berlangsung dari 8 hingga 9 Februari menawarkan pelbagai promosi hebat termasuk diskaun sehingga 25 peratus untuk tambang penerbangan dari Kuching dengan potongan 50 peratus untuk pra-tempahan tambang bagasi daftar masuk, serta diskaun sehingga 33 peratus untuk pra-tempahan hidangan Santan. Selain itu, para pengembara juga boleh menikmati tawaran eksklusif untuk insurans perjalanan daripada Tune Protect.

AirAsia terus berusaha untuk menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia ke Sarawak dengan perluasan rangkaian penerbangan dan pelan pembukaan laluan baharu. Sedekad yang lalu, AirAsia telah menyediakan lebih banyak laluan terus dari negeri ini ke destinasi utama, sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia. Rangkaian penerbangan yang kukuh ini bukan sahaja meningkatkan jumlah pelancong ke Sarawak, malah menawarkan lebih banyak peluang kepada pengembara domestik dan antarabangsa untuk menerokai keunikan negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Dato' Captain Fareh Mazputra berkata: "Kami berbangga untuk terus memainkan peranan penting dalam pertumbuhan pelancongan Sarawak, selaras dengan sasaran negeri ini untuk mencapai lima juta ketibaan pelancong pada tahun 2025. Ini membuktikan komitmen teguh kami terhadap Sarawak dengan Kuching sebagai salah satu hab utama kami di Malaysia dan lebih 750 kakitangan Allstars yang berdedikasi berkhidmat untuk para tetamu kami di seluruh negeri ini.

"Dengan rangkaian penerbangan yang tiada tandingan ke destinasi domestik dan antarabangsa, AirAsia berbangga menjadi syarikat penerbangan jenama tempatan yang telah menerajui perjalanan mampu milik dari Sarawak selama lebih dua dekad. Acada ini merupakan salah satu usaha untuk membawa pengembara lebih dekat dengan destinasi impian mereka sambil mempromosikan Sarawak sebagai destinasi yang harus dilawati di Malaysia dan di seluruh Asean."

Kuching adalah hab utama AirAsia di Malaysia dengan sembilan laluan domestik ke pelbagai destinasi menarik dalam negara seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kota Kinabalu, serta laluan antarabangsa ke Singapura dan Jakarta. Dari Kuching, para tetamu AirAsia boleh menerokai pelbagai destinasi lain di seluruh dunia melalui perkhidmatan rangkaian Fly-Thru ke Bali, Bandar Ho Chi Minh, Jaipur, Kunming, Seoul, Tokyo, Perth, Nairobi dan banyak lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi AirAsia Travel Fair 2025 di Vivacity Megamall, Kuching hujung minggu ini dan nikmati pelbagai tawaran menarik untuk percutian seterusnya.