Jimat Lebih dengan Tambang Domestik AirAsia Terendah, Eksklusif di AirAsia MOVE!
KUALA LUMPUR, 10 Februari 2025 – Merancang untuk ‘Cuti-Cuti Malaysia’? Terokai destinasi menarik di seluruh Malaysia dengan tambang eksklusif rendah hanya di aplikasi AirAsia MOVE. Promosi istimewa ini ditawarkan secara eksklusif melalui AirAsia MOVE hasil kerjasama strategik dengan AirAsia, rakan syarikat penerbangan terbesarnya.
Chan Kok Ding, Ketua Penerbangan di AirAsia MOVE berkata, “Sebagai platform tempahan perjalanan pilihan ramai, kami komited dalam menawarkan kemudahan dan nilai terbaik. Kami berbangga AirAsia MOVE adalah platform eksklusif yang menawarkan tambang domestik AirAsia terendah di Malaysia. Dari 10 - 16 Februari, nikmati tambang promosi istimewa untuk pelbagai laluan popular seperti Kota Kinabalu, Kuching, Sandakan, Pulau Pinang dan Langkawi, bagi tempoh perjalanan dari 17 Februari - 30 November 2025.
AirAsia MOVE bukan sahaja platform terbaik untuk merancang perjalanan domestik anda kerana tambang eksklusif yang rendah, malah ia juga menawarkan kemudahan untuk menempah keperluan perjalanan lain seperti hotel, pengangkutan ke lapangan terbang, insurans perjalanan dan banyak lagi. Pengguna juga boleh mengumpul mata ganjaran melalui AirAsia Rewards untuk ditebus dalam ekosistem AirAsia MOVE”.
Jom terokai destinasi menarik dan nikmati pesona cahaya kota atau ketenangan pantai bersama orang tersayang! Klik ikon “Hotels” di aplikasi AirAsia MOVE dan mulakan pencarian destinasi idaman anda sekarang. Pengguna AirAsia MOVE boleh menikmati diskaun RM50* dengan menggunakan kod promosi MOVEHOTEL50 semasa pembayaran.
Jangan lepaskan kempen bulanan menarik akan datang yang menampilkan tambang eksklusif AirAsia pada harga terendah, kerana AirAsia MOVE terus menyediakan tawaran perjalanan terbaik untuk percutian anda yang seterusnya.
Ikuti perkembangan terkini daripada AirAsia MOVE dengan mengikuti @airasiamove di Instagram & TikTok atau @airasia di X untuk mendapatkan kemas kini terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun AirAsia MOVE anda dari Apple App Store, Google Play Store and Huawei App Gallery.
*** TAMAT ***
*Tertakluk pada terma dan syarat