ASEAN Explorer Pass oleh AirAsia MOVE mainkan peranan penting dalam memudahkan perjalanan mampu milik dan mudah diakses di rantau ASEAN

JOHOR BAHRU, 21 JAN - Produk langganan perjalanan ikonik oleh AirAsia MOVE, ASEAN Explorer Pass telah tampil sebagai sebuah inisiatif yang memudahkan perjalanan yang mudah diakses dan inklusif di seluruh rantau ASEAN semasa majlis penutup Forum Pelancongan ASEAN 2025 di sini.

ASEAN Explorer Pass oleh AirAsia MOVE ialah pas perjalanan tahunan yang membolehkan pelanggan menerokai seluruh rantau ASEAN melalui rangkaian penerbangan antarabangsa dan domestik AirAsia, menikmati diskaun hotel serta perkhidmatan sambungan darat melalui AirAsia Ride selama setahun penuh dari tarikh langganan, selain pelbagai ganjaran bermusim yang eksklusif sepanjang tahun.

Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE berkata, “Kami berbesar hati apabila ASEAN Explorer Pass diketengahkan sebagai salah satu inisiatif yang mempromosikan perjalanan merentasi ASEAN sempena majlis penutup Forum Pelancongan ASEAN 2025. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia kerana melancarkan produk ini bersama kami pada April tahun lalu, dan kini mengesyorkan ASEAN Explorer Pass oleh AirAsia MOVE kepada pihak berkepentingan utama dalam sektor pelancongan di rantau ini sebagai pemangkin utama untuk semua orang menerokai keindahan landskap di rantau ASEAN. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada ASEANTA atas usaha mereka dalam memperjuangkan ASEAN yang lebih bersatu dan terhubung, serta Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN-BAC Malaysia, dan Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif  Capital A atas sokongan padu mereka dalam merealisasikan produk langganan pelancongan ASEAN yang unik ini.

Selaras dengan tema Forum Pelancongan ASEAN 2025, ‘Unity in Motion: Shaping ASEAN’s Tourism Tomorrow’, ASEAN Explorer Pass akan membolehkan penerokaan rantau ini melangkaui destinasi popular dan bandar utama Tahap 1, serta menonjolkan permata tersembunyi di setiap negara anggota ASEAN. Di samping itu, ia juga secara tidak langsung akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi komuniti tempatan dan membantu menangani isu pelancongan berlebihan di destinasi utama.

Sebagai sebuah ejen pelancongan dalam talian (OTA), kami berharap syarikat penerbangan nasional di setiap negara ASEAN akan mempertimbangkan untuk menjadi sebahagian daripada ASEAN Explorer Pass, dan kami menantikan peluang untuk berbincang dengan anda semua. Kami bersedia untuk berbincang bersama anda semua bagi membuka lebih banyak destinasi di seluruh ASEAN kepada dunia.”

Pelanggan kini boleh menikmati diskaun tambahan sebanyak 8% dari 20 Januari hingga 7 Februari dengan menggunakan kod promosi EXPLOREASEAN semasa pembayaran.

Ekosistem AirAsia MOVE meliputi perkhidmatan OTA seperti tempahan penerbangan dengan lebih 700 syarikat penerbangan – termasuk Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia AirAsia – serta lebih sejuta hotel di seluruh dunia, perkhidmatan pengangkutan darat, beli-belah bebas cukai dalam talian, insurans perjalanan, dan banyak lagi. Semua ini disokong oleh program kesetiaan yang mantap, AirAsia Rewards. AirAsia MOVE telah diiktiraf sebagai ‘Aplikasi Tempahan Perjalanan Terbaik Asia’ oleh World Travel Tech Awards selama dua tahun berturut-turut sejak pencalonan pertamanya pada 2023.

Melengkapi AirAsia MOVE ialah BigPay, platform pembayaran digital di bawah Capital A Berhad, yang telah memudahkan urusan transaksi kewangan untuk para pelancong. Dengan ciri-ciri seperti kadar pertukaran mata wang masa nyata dan perkhidmatan kiriman wang kos efektif, BigPay menyederhanakan pengurusan kewangan semasa dalam perjalanan, tanpa perlu membawa wang tunai fizikal atau membayar caj transaksi yang tinggi.

Muat turun aplikasi AirAsia MOVE melalui  Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery

— TAMAT —

* Tidak termasuk cukai kerajaan, yuran, tambahan, dan caj lain yang berkaitan.

* Ketersediaan tempat duduk bagi penerbangan bergantung pada penawaran dan permintaan untuk laluan tertentu.

** Laluan domestik di negara-negara ASEAN di luar negara tempat tinggal (berdasarkan pemegang pasport).