Santan Lancar Kombo Nilai Baharu dari MYR5.90, Perkenal Hidangan Istimewa Sempena Tahun Baru Cina & Bawa Kembali Kek Keju Bakar!
SEPANG, 20 Januari 2025 – Santan dengan bangganya memperkenalkan Kombo Nilai, menampilkan pelbagai pilihan hidangan lazat yang dipadankan dengan minuman pada harga serendah MYR5.90.
Tetamu yang terbang bersama AirAsia (kod penerbangan AK) bagi laluan bawah 75 minit kini boleh menikmati Kombo Nilai dengan pembelian satu minuman Santan, bermula dari hanya MYR4.90. Dengan pilihan minuman menyegarkan seperti Americano, Artisanal Chocolate, Jasmine Green Tea, Ceylon Tea, atau Teh Tarik Kaw Kaw, tetamu boleh padankan dengan snek atau hidangan ringan pada harga serendah RM1 untuk Karipap Ayam, MYR2 untuk Roti Oyaki Krim Keju Kranberi ataupun MYR4 untuk Nasi Lemak Light.
Hidangan Menarik di Awan: Kombo Istimewa untuk Semua Penerbangan AirAsia & AirAsia X
Para tetamu di semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X kini boleh menikmati kombo istimewa Santan yang menampilkan hidangan kegemaran ramai, Pak Nasser’s Nasi Lemak, bermula dari hanya MYR10:
Kombo Light – Nasi lemak light + 1 minuman | MYR10
Kombo Klasik – Pak Nasser Nasi lemak + 1 minuman | MYR19 (MYR25 untuk penerbangan AirAsia X)
Kombo Jumbo – Nasi lemak dua kali ganda + 1 minuman | MYR23 (MYR28 untuk penerbangan AirAsia X)
Tetamu boleh pilih daripada pelbagai minuman menyegarkan seperti Americano, Jasmine Green Tea, Ceylon Tea, Teh Tarik Kaw Kaw, atau Fizzy Iced Yuzu. Dengan membeli kombo, tetamu boleh jimat sehingga MYR7!
Hidangan popular lain seperti Nasi Ayam Uncle Chin, Biryani Bukhara Ayam, Mi Wanton Udang & Ayam, dan Biryani Vegetarian Hyderabad turut tersedia dalam kombo pada harga MYR19 (MYR25 untuk penerbangan AirAsia X) bersama satu minuman Santan.
Raikan Tahun Baru Cina dengan Hidangan Istimewa
8 Treasure Rice Bowl
Mulai 20 Januari 2025, Santan memperkenalkan 8 Treasure Rice Bowl, hidangan istimewa yang diinspirasi oleh tradisi Cina yang melambangkan kemakmuran, umur panjang, kesihatan, dan kekayaan. Hidangan lazat ini menggabungkan lapan bahan termasuk Ayam Claypot, Bok Choy, Cendawan, Lobak Merah, Kubis Cina, Kacang Ginkgo, Sosej Ayam, dan Kacang Gajus.
Untuk masa terhad, tetamu boleh menikmati set Fortune Meow eksklusif pada harga MYR22.80 (MYR27.80 untuk penerbangan AirAsia X) yang disertakan dengan pembungkusan Fortune Meow edisi terhad, pek pelekat percuma, dan biskut (fortune cookie). Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa musim ini!
Kembalinya Legenda – Kek Keju Bakar
Kek Keju Bakar
Santan dengan sukacitanya membawa kembali Kek Keju Bakar Asli atas permintaan ramai. Dijamin lebih enak daripada sebelumnya, kek keju yang kaya berkrim ini diperbaharui dengan resipi yang mengandungi 50% kurang gula dengan menggunakan pemanis tanpa kalori untuk kepuasan tanpa rasa bersalah. Mula dilancarkan pada 2019, kek keju ini kembali sebagai sebahagian daripada rangkaian produk Club Zero, satu kempen inovatif Santan yang mempromosikan pengurangan pengambilan gula tanpa kompromi rasa.
Untuk peminat kopi, Santan menawarkan pilihan berkualiti tinggi yang disahkan oleh barista seperti The BEST Coconut Latte, Americano, Caffe Latte dan Caffe Mocha. Tetamu boleh memilih antara dua pilihan biji kopi, 'Santan Captain' atau 'Santan Allstar,' kedua-duanya dihasilkan menggunakan teknologi pengering beku untuk memastikan setiap cawan kopi mempunyai rasa terbaik. Harga kopi bermula dari MYR9.
Catherine Goh, Ketua Pegawai Eksekutif Santan, berkata, “Di Santan, kami mengubah pengalaman makan dalam penerbangan dengan pelbagai hidangan yang penuh rasa dan berkualiti tinggi pada harga berbaloi. Dari 8 Treasure Rice Bowl yang melambangkan kemakmuran dan kesihatan, hingga Kek Keju Bakar ikonik dengan 50% kurang gula, menu Santan sentiasa meraikan budaya, inovasi, dan memberikan kepuasan kepada tetamu. Dengan harga mesra poket dan minuman setaraf kafe, kami membuktikan bahawa makanan dan minuman dalam penerbangan bukan sahaja boleh dinikmati, tetapi juga sesuatu yang dinanti-nantikan"
Tempah Awal untuk Dapatkan Nilai Terbaik dan Perkhidmatan Utama
Tetamu yang membuat tempahan awal untuk hidangan kombo Santan akan menikmati nilai yang lebih hebat dan dilayan terlebih dahulu semasa penerbangan.
TAMAT