AirAsia MOVE sambut SriLankan Airline sebagai Rakan Kongsi Langsung Penerbangan terbaharu
KUALA LUMPUR, 16 January 2024 – AirAsia MOVE terus memperkukuh kedudukannya sebagai platform OTA terkemuka dengan mengalu-alukan syarikat penerbangan nasional Sri Lanka iaitu SriLankan Airlines sebagai rakan kongsi penerbangan terbaharu di platformnya. Kerjasama ini membuka peluang baharu kepada para pelancong untuk menerokai warisan kaya dan landskap memukau mutiara Lautan Hindi – Sri Lanka.
Perjanjian kerjasama antara AirAsia MOVE dan SriLankan Airlines telah dimeterai dalam satu majlis menandatangani perjanjian yang berlangsung di ibu pejabat AirAsia MOVE di Kuala Lumpur baru-baru ini. Majlis ini dihadiri oleh Yeoh Sai Ho, Ketua Penerbangan OTA AirAsia MOVE, dan Sharuka Wickrama Adittiya, Pengurus Negara, Malaysia & Singapura SriLankan Airlines.
Bagi meraikan kerjasama ini, AirAsia MOVE dan SriLankan Airlines menawarkan promosi eksklusif bagi penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Colombo dengan harga serendah RM2,556* untuk dua orang! Tempah sekarang sehingga 31 Mac 2025 dan nikmati perjalanan dari hari ini hingga 30 Jun 2025.
Selain itu, pengguna aplikasi AirAsia MOVE boleh menikmati tambang sehala istimewa ke destinasi menarik: terbang dari Kuala Lumpur ke Doha dari RM2,105, ke Riyadh dari RM1,832, dan ke Dubai dari hanya RM1,729. Rebut tawaran ini sepanjang tempoh tempahan bermula hari ini hingga 31 Mac 2025, untuk perjalanan dari hari ini hingga 31 Mei 2025.
Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE, berkata: “Kami amat teruja untuk mengalu-alukan SriLankan Airlines sebagai rakan syarikat penerbangan langsung terbaharu di platform OTA kami. Sri Lanka menawarkan keunikan tersendiri dalam dunia pelancongan, daripada tinggalan purba hingga . Kerjasama ini mencerminkan komitmen kami untuk menyediakan 15 juta pengguna aplikasi kami dengan pilihan perjalanan tanpa tandingan serta kemudahan menempah penerbangan, hotel, dan banyak lagi dalam satu aplikasi. Kami teruja untuk mempromosikan Sri Lanka sebagai destinasi wajib dikunjungi, khususnya bagi pelancong di seluruh Asean.”
Sharuka Wickrama Adittya, Pengurus Negara Malaysia & Singapura bagi SriLankan Airlines, berkata, “Bagi sebuah syarikat penerbangan, adalah amat penting untuk mempunyai rakan pengedaran strategik bagi memastikan produk dan tawaran syarikat penerbangan dapat disampaikan kepada pelanggan yang dihargai. Ini akan menghasilkan pelanggan yang berpuas hati serta membina kepercayaan dan keyakinan terhadap syarikat penerbangan. Dengan rakan strategik seperti AirAsia MOVE, kami yakin dapat meningkatkan perkhidmatan pelanggan, melonjakkan jualan dan hasil, mendapatkan akses kepada tawaran eksklusif, dan mengembangkan pasaran. Saya yakin kerjasama ini akan membawa situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak.”
Selain SriLankan Airlines, AirAsia MOVE turut bekerjasama secara langsung dengan syarikat penerbangan terkemuka lain seperti Citilink, ANA, Air Mauritius, Etihad, dan banyak lagi di platformnya. Selain itu, pengguna AirAsia MOVE mempunyai pilihan untuk memilih daripada lebih 700 syarikat penerbangan lain. Pengguna juga boleh memilih daripada lebih sejuta hotel di seluruh dunia untuk melengkapkan rancangan perjalanan mereka, termasuk sambungan pertama dan terakhir melalui pemindahan lapangan terbang, serta produk pelancongan tambahan seperti pembelian bebas cukai dalam talian, insurans perjalanan, dan banyak lagi. Semua perkhidmatan ini dilengkapi dengan program kesetiaan AirAsia Rewards yang membolehkan pengguna mengumpul dan menebus mata AirAsia untuk setiap transaksi dalam keseluruhan ekosistem dalam aplikasi.
Syarikat penerbangan, hotel, dan perniagaan lain yang berminat untuk menjadi rakan kongsi terus di platform OTA AirAsia MOVE boleh mendaftar di sini.
Ikuti perkembangan terkini daripada AirAsia MOVE dengan mengikuti @airasiamove di Instagram & TikTok atau @airasia di X untuk mendapatkan kemas kini terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun AirAsia MOVE anda dari Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.
*** TAMAT ***
About AirAsia MOVE
AirAsia MOVE, formerly known as airasia Superapp is the newest online travel agent+ (OTA+) in town, providing a seamless and personalised experience for travellers at the best value in Asean and beyond. It envisions travel complemented by a community-led experience through features such as airasia chat, games, gifting, and a strong loyalty program that rewards users across its expansive ecosystem.
AirAsia MOVE’s ecosystem includes OTA services such as flight bookings from over 700 airlines, including the World’s Best Low-Cost Carrier AirAsia and 900,000 hotels world-wide plus ride-hailing, insurance, duty-free shopping and more, underpinned by integrated financial services by BigPay. It has been recognised by World Travel Awards as ‘Asia’s Leading Online Travel Agency 2023’ in its first nomination in the OTA category. Download the AirAsia MOVE app via the Apple App Store, Google Play Store and Huawei App Gallery.
Both AirAsia MOVE and BigPay are part of MOVE Digital, the digital arm of Capital A Berhad.
Media Enquiries: movecomms@airasia.com
About SriLankan Airlines
Launched in 1979, Sri Lanka’s National Carrier is an award winning airline with a solid reputation for service, comfort, safety, reliability, and punctuality.
The airline’s hub is at Bandaranaike International Airport in Colombo, providing convenient connections to its global route network of 114 destinations in 62 countries.