AirAsia Newsroom

View Original

BigPay Lite kini tersedia dalam aplikasi AirAsia MOVE

KUALA LUMPUR, 9 September 2024 - Aplikasi AirAsia MOVE kini dipertingkatkan dengan ciri khas iaitu BigPay Lite, sebuah dompet yang dipermudahkan dalam aplikasi bagi memudahkan pengguna untuk menikmati tahap keselesaan, keselamatan dan transaksi lancar oleh dompet BigPay.

BigPay Lite membolehkan pengguna untuk mendaftar akaun BigPay tanpa perlu keluar daripada  aplikasi AirAsia MOVE atau memuat turun aplikasi secara berasingan.

Cara Memuat Turun & Membuat Pembayaran Menggunakan BigPay Lite

Menetapkan BigPay Lite anda adalah mudah dan ringkas!! Klik ikon BigPay pada aplikasi AirAsia MOVE dan ikuti langkah yang diberikan, setelah itu anda sudah bersedia untuk menggunakan BigPay Lite untuk perjalanan anda yang seterusnya:

Apakah kelebihan menggunakan  BigPay Lite?

  • Pendaftaran yang cepat dan mudah: Daftar akaun BigPay Lite di hujung jari anda tanpa perlu memuat turun aplikasi secara berasingan.

  • Pembayaran AirAsia MOVE yang lebih mudah: Tambah nilai dan buat pembayaran dalam aplikasi tanpa perlu memautkan kad anda.

  • Faedah eksklusif dan promosi: Nikmati diskaun eksklusif termasuklah diskaun RM5* untuk penerbangan AirAsia, penerbangan antarabangsa (penerbangan selain AirAsia), dan barangan bebas cukai.

  • Akses awal untuk Jualan Besar: Jadi antara yang pertama untuk menikmati tawaran dan promosi  terbaik semasa acara jualan besar-besaran AirAsia MOVE.

  • Pembayaran selamat dan terjamin: Alami ketenangan fikiran dengan penyelesaian pembayaran BigPay yang dijamin selamat.

Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE, berkata, “Pelancaran BigPay Lite merupakan langkah strategik untuk menjadikan BigPay pilihan pembayaran utama dalam ekosistem AirAsia MOVE. Kami memudahkan para pengguna kami untuk menikmati pembayaran yang lancar dan selamat, di samping menikmati faedah eksklusif seperti dikaun istimewa AirAsia MOVE. Ini merupakan usaha kerjasama antara AirAsia MOVE dan BigPay selari dengan objektif untuk memberi lebih nilai dan meningkatkan pengalaman pengguna & pelancong kami. Aplikasi ini bukan sekadar dompet digital, tetapi ianya merupakan permulaan baharu untuk perjalanan yang lebih bermanfaat untuk berjuta-juta pengembara”.

Zubin Rada Krishnan, Ketua Pegawai Eksekutif BigPay, berkata  "Di BigPay, kami komited untuk meningkatkan kehidupan pelanggan kami, dan BigPay Lite merupakan langkah penting ke hadapan dalam misi ini. Dengan proses pendaftaran baharu yang hanya mengambil masa beberapa saat, pelanggan kami kini boleh menikmati pengalaman membuat pembayaran dengan selamat dan lancar melalui aplikasi AirAsia MOVE. Ini hanyalah permulaan kerana BigPay Lite adalah salah satu daripada inovasi yang kami lancarkan, termasuklah pengenalan kepada ‘Travel Stash’ dan ‘Roundup’ untuk memudahkan simpanan semasa perjalanan anda, dan akan datang, keupayaan untuk melancong sekarang dan bayar kemudian (‘Travel Now and Pay Later’). Kami sangat teruja untuk terus berinovasi dan meningkatkan pengalaman perjalanan untuk semua.”

BigPay Lite kini hanya tersedia di Malaysia sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai BigPay Lite, lawati laman Soalan Lazim  disini

Dapatkan semua kemas kini terkini daripada AirAsia MOVE dengan mengikuti @airasiamove di Instagram dan Threads, @airasiamove di TikTok atau @airasia di X untuk maklumat terbaru. Untuk pengalaman lancar dipertingkatkan, muat turun AirAsia MOVE pada Apple App Store, Google Play Store, or Huawei AppGallery.

* Tertakluk kepada Terma dan Syarat

*Tamat*