AirAsia Newsroom

View Original

Kerjasama MOVETIX oleh AirAsia MOVE dan Ticketmelon tingkatkan pengalaman tempahan acara di Asean

KUALA LUMPUR, 26 SEP 2024  — MOVETIX, platform tiket global untuk acara dan konsert di aplikasi AirAsia MOVE, hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Ticketmelon, salah satu platform tiket dan teknologi acara terkemuka di rantau ini. 

Kerjasama ini akan menyaksikan integrasi inventori luas Ticketmelon yang merangkumi lebih daripada 300,000 tiket di seluruh rantau Asean ke dalam aplikasi AirAsia MOVE, menawarkan pengalaman yang lancar kepada pengembara dan pengunjung acara untuk menempah penerbangan, penginapan, tiket acara dan juga pemindahan lapangan terbang — semuanya dalam satu aplikasi yang mudah.

Majlis menandatangani perjanjian kerjasama tersebut telah diadakan antara MOVETIX, yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hassan Choudhury, manakala Ticketmelon diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Panupong Tejapaibul. Turut hadir pada majlis menandatangani perjanjian tersebut ialah Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif  Capital A dan Pengerusi Eksekutif MOVE Digital, Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif  AirAsia MOVE, Ravi Shankar, Ketua Pegawai Pemasaran AirAsia MOVE, Teerarit Saubhayana, Pengarah Komersial Ticketmelon dan Som Puangladda, Ketua Pemasaran Ticketmelon.

Kerjasama ini muncul pada masa di mana pelancongan acara langsung sedang berkembang pesat, dengan pelancongan sukan memimpin dengan nilai USD564.7 bilion dan dijangka hampir menggandakan nilainya kepada USD1.33 trilion menjelang 2032. Sementara itu,  pelancongan muzik dijangka menyumbang tambahan USD13.8 bilion, lebih dua kali ganda daripada penilaian semasa sebanyak USD6.6 bilion.

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif  Capital A dan Pengerusi Eksekutif MOVE Digital berkata, “Kami ingin merealisasikan impian semua orang untuk menghadiri apa jua acara atau konsert, di mana sahaja di Asean,dan melakukannya dengan kos yang berpatutan. AirAsia MOVE, platform OTA kami, bukan sahaja tentang tempahan hotel dan penerbangan, tetapi juga menyediakan pengalaman yang melampaui jangkaan. Kami berharap dapat untuk bekerjasama rapat dengan pasukan Ticketmelon, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka di atas kerjasama yang cemerlang setakat ini kepercayaan mereka terhadap AirAsia MOVE untuk menyampaikan pengalaman terbaik kepada pelanggan. 

Hassan Choudhury, CEO MOVETIX oleh AirAsia MOVE berkata, “Kami berada di saat yang sangat menarik, terutamanya dengan populasi orang muda yang dinamik di rantau ini serta peningkatan pendapatan boleh guna yang menjadi sebahagian daripada pangkalan peminat global yang semakin berkembang. Mereka sanggup  berbelanja untuk melancong ke acara langsung ikonik seperti sukan dan konsert. Dengan integrasi senarai acara Ticketmelon ke dalam AirAsia MOVE, pengembara kini boleh menikmati akses yang lebih luas kepada pelbagai acara seperti konsert, festival, dan acara sukan, menjadikan perancangan perjalanan mereka  lebih mudah diuruskan berbanding sebelum ini untuk merancang keseluruhan perjalanan mereka di satu tempat. Kami teruja untuk bekerjasama rapat dengan Ticketmelon dan memanfaatkan kekuatan kami bersama untuk membawa acara langsung terbaik ke rantau ini.

Melalui integrasi ini, pengguna boleh menjangkakan pengalaman perjalanan yang lebih komprehensif, sama ada mereka merancang percutian hujung minggu untuk menghadiri festival muzik atau mengatur perjalanan untuk menyaksikan acara sukan utama. Masa depan tempahan perjalanan dan acara di Asia Tenggara tidak pernah kelihatan lebih cerah.”

Panupong Tejapaibul, CEO Ticketmelon menambah, “Kami telah menyaksikan pertumbuhan luar biasa dalam sektor acara di seluruh rantau ini, dengan Ticketmelon muncul sebagai hab utama untuk acara muzik dan hiburan. Kerjasama ini dengan AirAsia MOVE menandakan satu lagi pencapaian penting bagi kami, apabila dua syarikat serantau terkemuka bergabung untuk meningkatkan pengalaman pelancongan muzik dan acara. Potensi pertumbuhan pertumbuhan  industri ini sangat besar, dan kami teruja untuk menggabungkan kekuatan kami dengan AirAsia MOVE untuk menawarkan pengalaman yang tiada tandingan kepada pengunjung acara di seluruh ASEAN.

Melalui kerjasama ini, Ticketmelon akan mendapat akses kepada pangkalan pengguna AirAsia MOVE yang besar dan aktif, membolehkan mereka meneroka pasaran serta demografi baharu. Sementara itu, AirAsia MOVE terus mengembangkan tawarannya, mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan utama bagi semua keperluan perjalanan di rantau ini

*** TAMAT ***

*Report by Collinson Group

About AirAsia MOVE

AirAsia MOVE, formerly known as airasia Superapp is the newest online travel agent+ (OTA+) in town, providing a seamless and personalised experience for travellers at the best value in Asean and beyond. Its vision is to be Asean’s favourite travel companion, by creating inclusive and delightful journeys, all the way. 

AirAsia MOVE’s ecosystem includes OTA services such as flight bookings from over 700 airlines, including the World’s Best Low-Cost Carrier AirAsia and over 900,000 hotels world-wide plus airport transfers, events & experiences, insurance, duty-free shopping and more, underpinned by integrated financial services by BigPay, as well as a robust loyalty program, AirAsia Rewards. It has been recognised by World Travel Awards as ‘Asia’s Leading Online Travel Agency 2023’ in its first nomination in the OTA category. Download the AirAsia MOVE app via the Apple App Store, Google Play Store and Huawei App Gallery.

Both AirAsia MOVE and BigPay are part of MOVE Digital, the digital arm of Capital A Berhad.

About Ticketmelon 

Ticketmelon is Southeast Asia’s leading ticketing and event technology company, dedicated to transforming the event experience for both organizers and attendees. The robust platform offers a seamless blend of cutting-edge ticketing solutions, cashless payment systems, innovative in-event digital features, and live streaming services, designed to meet the demands of even the most complex events. With a commitment to providing exceptional support, Ticketmelon ensures a flawless execution from start to finish.

Founded in 2015, Ticketmelon has grown to serve over 1.7 million users and 3,400 organizers worldwide, with more than 1 million tickets sold annually. We have a strong presence across the region, with offices in Singapore, Thailand, Vietnam, Malaysia, the Philippines, and Indonesia. continually expanding our reach and impact in the global event industry.

For media queries: 

MOVE Communications Team 

movecomms@airasia.com