AirAsia MOVE umum Myanmar Airways International sebagai rakan kongsi syarikat penerbangan terbaharu
KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2024- AirAsia MOVE, platform OTA terkemuka di rantau ini, dengan bangganya mengalu-alukan Myanmar Airways International (MAI) sebagai rakan kongsi syarikat penerbangan langsung terbaharunya, meningkatkan tawaran penerbangannya dan mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan kembara kegemaran Asean.
Kerjasama antara AirAsia MOVE dan Myanmar Airways International telah dimeterai dalam satu majlis menandatangani perjanjian antara Yeoh Sai Ho, Ketua OTA Penerbangan di AirAsia MOVE dan Thoo Yee Peng, Pengurus Jualan (Malaysia)Myanmar Airways International di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Selaras dengan visi kedua-dua syarikat untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang lancar dan berpatutan, kerjasama ini membolehkan pengguna AirAsia MOVE mengakses lebih banyak destinasi menarik yang disediakan oleh Myanmar Airways International, meliputi 35 destinasi di seluruh Myanmar, Thailand, Singapura, Malaysia, China, India, Vietnam dan banyak lagi.
Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE, turut menyatakan kegembiraannya atas kerjasama ini. Beliau berkata “Kerjasama dengan syarikat penerbangan terkenal seperti Myanmar Airways International adalah penting dalam usaha kami untuk menyediakan lebih banyak pilihan dan nilai untuk para pengembara. Kami amat berterima kasih atas sokongan dan kepercayaan MAI dalam memberi kami peluang untuk menawarkan perkhidmatan menjual penerbangan mereka di AirAsia MOVE.
Kami yakin dengan memanfaatkan inisiatif pemasaran kami dan kemudahan platform pengembaraan sehenti yang unggul kami, rakan kongsi kami akan mendapat manfaat sepenuhnya dalam meningkatkan keterlihatan mereka, dan memacu peningkatan jualan, akhirnya memupuk pertumbuhan dan kejayaan bersama.”
Tanes Kumar, Ketua Pegawai Eksekutif Myanmar Airways International, menerangkan perkongsian itu, berkata “Perkongsian antara MAI dan AirAsia MOVE adalah kerjasama yang bertujuan untuk memberikan pengalaman yang lancar kepada tetamu kami yang dihargai, kerana kami percaya adalah penting untuk meningkatkan pengalaman mereka dalam usaha kami untuk mempromosikan Myanmar sebagai sebuah destinasi walaupun berdepan dengan cabaran. Dengan cara ini, kami berharap dapat menarik lebih ramai pelancong untuk melawat keindahan Myanmar dan menikmati pengalaman perjalanan tiada tandingannya.”
Bagi menandakan kerjasama menarik ini, pengguna aplikasi AirAsia MOVE boleh menikmati tambang eksklusif bermula daripada RM422 sehala untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Yangon dengan Myanmar Airways International (MAI) atau menerokai lebih banyak destinasi menarik yang ditawarkan. Manfaatkan tawaran ini semasa tempoh tempahan dari hari ini hingga 31 Oktober 2024, dan untuk perjalanan antara 9 Oktober dan 31 Disember 2024. Selain itu, nikmati DISKAUN tambahan RM30 apabila anda menggunakan kod promosi VISA untuk penerbangan MAI, sah sehingga 24 November 2024 . Jangan lepaskan peluang kerana ini adalah peluang terbaik untuk menerokai destinasi baru dengan harga yang tiada tandingan!
Selain Myanmar Airways International, AirAsia MOVE bekerjasama secara langsung dengan lebih 700 rakan kongsi syarikat penerbangan terkenal lain seperti Citilink, ANA, Air Mauritius, Etihad dan banyak lagi di platformnya. Pengguna AirAsia MOVE juga boleh memilih lebih daripada sejuta hotel di seluruh dunia untuk melengkapkan rancangan perjalanan mereka, termasuk dengan sambungan pengangkutan jarak pertama dan terakhir melalui pemindahan lapangan terbang, dan produk perjalanan sampingan lain seperti beli-belah bebas cukai dalam talian, insurans perjalanan dan banyak lagi. Kesemua perkhidmatan ini disokong oleh program kesetiaan AirAsia Rewards, yang membolehkan pengguna memperoleh dan menebus mata AirAsia untuk setiap transaksi merentas keseluruhan ekosistem dalam aplikasi.
Syarikat penerbangan, hotel dan syarikat lain yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada platform AirAsia MOVE OTA boleh mendaftar di sini.
Ikuti perkembangan terkini daripada AirAsia MOVE dengan mengikuti @airasiamove di Instagram & TikTok atau @airasia di X untuk mendapatkan kemas kini terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun AirAsia MOVE anda dari Apple App Store, Google Play Store and Huawei App Gallery.
*** TAMAT ***
About AirAsia MOVE
AirAsia MOVE, formerly known as airasia Superapp is the newest online travel agent+ (OTA+) in town, providing a seamless and personalised experience for travellers at the best value in Asean and beyond. It envisions travel complemented by a community-led experience through features such as airasia chat, games, gifting, and a strong loyalty program that rewards users across its expansive ecosystem.
AirAsia MOVE’s ecosystem includes OTA services such as flight bookings from over 700 airlines, including the World’s Best Low-Cost Carrier AirAsia and 900,000 hotels world-wide plus ride-hailing, insurance, duty-free shopping and more, underpinned by integrated financial services by BigPay. It has been recognised by World Travel Awards as ‘Asia’s Leading Online Travel Agency 2023’ in its first nomination in the OTA category. Download the AirAsia MOVE app via the Apple App Store, Google Play Store and Huawei App Gallery.
Both AirAsia MOVE and BigPay are part of MOVE Digital, the digital arm of Capital A Berhad.
Media Enquiries: movecomms@airasia.com
About Myanmar Airways International
Myanmar Airways International (MAI) is Myanmar’s leading airline, together with its sister airlines Mingalar (formerly Air KBZ). MAI has been at the forefront of connecting Myanmar and Malaysia, continuously operating daily flights for three years since 2021 COVID-19 hit the travel industry. Further to that, operating from its primary hubs in Yangon and Mandalay, MAI serves 36 destinations across Myanmar and internationally, including Thailand, Singapore, Malaysia, China, India, United Arab Emirates (UAE), Cambodia, Vietnam, South Korea, Russia, and Laos, with a fleet comprising six Airbus A320 family aircraft, two Embraer E190s, four ATR72-600s, plus one Boeing 737 freighter. MAI has been at the forefront of connecting Myanmar and Malaysia, continuously operating daily flights for three years since 2021 COVID-19 hit the travel industry.
For more information, please visit www.maiair.com.