AirAsia Newsroom

View Original

Tidak perlu beratur panjang lagi dengan 'Perkhidmatan Beratur' oleh airasia Super App

Bangkok, 2 Mac 2023 - Salah satu perkara terbaik tentang melancong adalah makanan & masakan yang ditawarkan oleh setiap destinasi, tetapi kadangkala anda perlu beratur panjang untuk menikmati juadah di restoran terkenal tersebut dan ini boleh mengurangkan keinginan anda untuk menikmati juadah tersebut. airasia Super App kini memperkenalkan perkhidmatan serba baharu, khusus untuk menangani kesulitan beratur di restoran terkenal di destinasi pelancongan, bermula di kota raya Bangkok, atau yang kini digelar Krung Thep Maha Nakhon.

'Perkhidmatan Beratur' oleh airasia food, yang boleh digunakan mulai hari ini di Bangkok, membolehkan pelancong dan warga tempatan sama-sama menempah perkhidmatan tersebut dan penunggang airasia beratur untuk mereka di restoran yang terlibat seperti CQK HOTPOT, Jeh O Chula, Lek Seafood Yaowarat, Khun Ple Mookata dan Yi Ja Suki Mala untuk perkhidmatan makan malam boleh ditempah terlebih dahulu untuk mana-mana hari dari 6 petang - 8 malam.

Cik Nattinee Tawanchulee, Ketua airasia Super App Thailand, berkata, “Dengan pelancaran 'Perkhidmatan Beratur' di airasia food, kami kini mengukuhkan kedudukan kami sebagai platform pelancongan dan gaya hidup terkemuka, menyediakan perkhidmatan yang menguntungkan kepada pelancong dan penduduk tempatan untuk mempunyai pengalaman kulinari yang lebih baik apabila mereka melancong di Bangkok. Kita semua pernah mengalami kekecewaan yang disebabkan oleh masa menunggu yang lama di restoran popular. Di samping itu, mungkin terdapat kekangan bahasa untuk pelawat asing yang membuatkan mereka terlepas hidangan istimewa ini. Untuk menyelesaikan isu ini dan menyokong kebangkitan perniagaan tempatan, kami memperkenalkan ‘Perkhidmatan Beratur’ dengan lima (5) restoran sebagai permulaan: CQK HOTPOT, Jeh O Chula, Lek Seafood Yaowarat, Khun Ple Mookata dan Yi Ja Suki Mala dan kami berharap untuk menambah lebih banyak restoran lagi dalam masa terdekat.”

Cuba dan gunakan perkhidmatan ini sekarang melalui airasia Super App dengan menekan ikon ‘Food’ dan ikuti langkah mudah berikut:

  • Sebaik sahaja anda klik pada ikon 'Food', Pilih 'Perkhidmatan Beratur'

  • Pilih restoran yang terlibat (CQK HOTPOT, Jeh O Chula, Lek Seafood Yaowarat, Khun Ple Mookata dan Yi Ja Suki Mala ialah restoran yang mengambil bahagian buat masa ini)

  • Masukkan bilangan orang yang akan menjamu selera di restoran tersebut

  • Bersetuju dengan terma dan syarat kami, kemudian sahkan lokasi restoran

  • Tempah perkhidmatan dan pilih tarikh dan masa yang anda inginkan (perkhidmatan makan malam boleh ditempah terlebih dahulu untuk mana-mana hari dari 6 petang - 8 malam)

  • Yuran perkhidmatan bermula daripada 300 THB.

Ikuti perkembangan terkini dengan segala-galanya daripada airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp.th di Instagram. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App anda diApple App Store,Google Play Store, atauHuawei AppGallery.

See this content in the original post