AirAsia Newsroom

View Original

Santan Bawa Jenama Tempatan Terbang Tinggi

KUALA LUMPUR, 22 DISEMBER 2023 - Santan, sebuah jenama penyedia perkhidmatan dalam penerbangan yang terkenal dengan bangganya melancarkan satu inisiatif yang memperhebatkan  jenama tempatan dan barangan buatan Malaysia di kalangan penumpang dalam penerbangan AirAsia dan Airasia X.

Melalui inisiatif yang diberi nama ‘The Next Big Thing’ yang dipaparkan dalam majalah penerbangan terbaharu yang terdapat dalam semua penerbangan AirAsia, pelbagai jenis produk keluaran jenama tempatan mulai dijual dan para tetamu  AirAsia dan AirAsia X kini berpeluang untuk menyokong perusahaan tempatan  dalam penerbangan. 

Dengan komitmen yang tinggi dalam meraikan budaya dan jenama Malaysia, Pengurus Besar Santan, Catherine Goh berkata, "Dedikasi kami melangkaui segalanya yang juga komited untuk menyediakan satu platform dalam mempamerkan kejayaan pelbagai jenis jenama tempatan, terutamanya ketika para pengguna mula berminat  untuk menyokong dan memilih jenama tempatan. Inisiatif ini menawarkan satu peluang untuk tetamu penerbangan untuk membeli belah dan pada masa yang sama menyokong pelbagai jenis jenama tempatan kita."

"Kami teruja untuk memperkenalkan rangkaian ‘wira tempatan’ yang dipilih dengan teliti. Setiap edisi majalah dalam penerbangan kami akan memperkenalkan perniagaan tempatan yang unik, menjanjikan satu pengalaman perjalanan yang indah untuk para tetamu  AirAsia," tambahnya.

Jenama tempatan yang dipromosikan untuk edisi kali ini adalah: 

  • Jovian: Kerjasama unik pereka terkenal Dato Jovian Mandagie dengan AirAsia, menawarkan ciptaan fesyen eksklusif yang dijual dalam penerbangan, termasuk Hijab bergaya, beg beli-belah pelbagai fungsi dan wangian mewah.

  • Petit Moi: Jenama yang menghasilkan produk pakaian kanak-kanak dan dewasa berkualiti tinggi yang menawarkan kemewahan dan keselesaan yang boleh diakses oleh semua. 

  • Gigi: Jenama penjagaan gigi yang menawarkan produk 100% vegan, produk bebas kekejaman yang dirumus dengan kebaikan semula jadi untuk faedah pergigian yang optimum.

  • Chuck's: Jenama kecantikan Malaysia dengan rangkaian produk yang memenangi anugerah buatan Korea, berfungsi sebagai barang keperluan penjagaan kulit untuk penggemar kecantikan.

  • The StreetPaw: Sebuah perusahaan sosial yang membantu haiwan yang tiada tempat tinggal dengan menjual makanan haiwan. 20% daripada keuntungan yang diperoleh disalurkan kepada agensi perlindungan haiwan. 

  • Legendary Malaysia: Diinspirasikan oleh budaya dan warisan Malaysia, sebuah jenama yang mencipta wangian ikonik yang dicari di seluruh dunia.

  • JYNN's Malaysia: Jenama kesihatan dan kesejahteraan bertaraf antarabangsa yang memberi tumpuan kepada makanan suplemen untuk kesihatan dan kesejahteraan semua orang.

  • Owlet: Menawarkan rangkaian wangian premium yang boleh diakses oleh semua, menampilkan bauan yang menceritakan kisah keperibadian dan gaya unggul. 

  • ASK Fragrance: Wangian yang dihasilkan oleh eksekutif kru kabin AirAsia yang telah lama berkhidmat dan sangat popular di laman tiktok, Armand. Diinspirasikan oleh pakaian seragam AirAsia yang ikonik, reka bentuk botol wangian ini bercirikan pakaian seragam kru kabin AirAsia. 

  • Empro: Sebuah syarikat terkemuka dalam industri Kesihatan dan Kecantikan, berdedikasi untuk meningkatkan kesejahteraan dan keyakinan individu melalui rangkaian penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan sulaman.

  • Zus Coffee: Jenama yang mentakrifkan semula kopi dengan menawarkan rangkaian minuman kopi yang boleh diakses oleh semua orang.

Selain dari barisan jenama tempatan cemerlang ini, Santan juga memperkenalkan Chendul Teochew Pulau Pinang, satu sajian pencuci mulut yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Kerjasama dengan Penang Chendul, sebuah jenama terkenal di Jalan Penang sejak tahun 1936 ini memberi penghormatan kepada reputasi dan tradisi mereka yang terkenal. Para tetamu AirAsia kini dapat menikmati pencuci mulut istimewa ini dengan hanya RM10, di semua penerbangan AirAsia (AK).

“Kami bangga dapat bekerjasama dengan Penang Chendul, satu nama yang penuh dengan warisan. Mengekalkan kualiti dan rasa asli yang sama pada ketinggian 35,000 kaki adalah tanggungjawab yang kami pikul dan kami besar hati untuk mengesahkan bahawa rasa Chendul di atas penerbangan sama rasanya dengan yang dijual di Pulau Pinang,” kata Catherine.

Semua produk daripada jenama tempatan ini kini dijual di semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X sehingga Mac 2024, sementara stok masih ada. 

Hubungi : 

Aziz Laikar | 0123669745 | azizlaikar@airasia.com