AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia lancar destinasi baharu Thiruvananthapuram, laluan kesembilan terus ke India dan kedua di negeri Kerala

Nikmati tambang rendah bermula RM199 termasuk semua* sehala 

SEPANG, 22 November 2023 ‒ AirAsia mengumumkan destinasi baharu ke bandar selatan India, Thiruvananthapuram atau Trivandrum, menjadikannya laluan terus kedua syarikat penerbangan ini ke negeri Kerala, selain 12 penerbangan mingguan ke Kochi.
Penerbangan pertama yang akan dilancarkan pada 21 Februari 2024 dengan empat penerbangan mingguan dijangka mendapat sambutan oleh para tetamu yang ingin menerokai keindahan dan keunikan kota Kerala. Nikmati pemandangan dengan keunikan seni bina, juadah tempatan yang enak dan pelbagai tarikan memukau di destinasi tersebut.

AirAsia telah menghubungkan para tetamu ke India sejak tahun 2008 selepas ia melancarkan laluan pertanya ke Tiruchirappalli. Pelancaran laluan baharu ini menandakan laluan kesembilannya dan meluaskan lagi rangkaiannya dari Malaysia ke India. AirAsia Malaysia (AK) kini mengendalikan enam laluan terus ke bandar-bandar di Selatan India iaitu Chennai, Tiruchirappalli, Hyderabad, Kochi, Bengaluru, dan Kolkata. Selain itu, AirAsia X Malaysia (D7) menghubungkan dua  laluan terus ke Utara India iaitu Amritsar dan New Delhi.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata: “Kami berbesar hati untuk terus mengembangkan rangkaian kami di India melalui pelancaran laluan baharu ini ke Thiruvananthapuram. Kami telah kembali melancarkan laluan ke India pasca-pandemik sejak tahun lepas, dan laluan baharu ini menandakan laluan kesembilan syarikat penerbangan ini ke India secara keseluruhan dengan sejumlah 71 penerbangan mingguan.

“India merupakan salah satu destinasi paling popular di mana kami mempunyai bahagian pasaran sebanyak 47% antara kedua-dua negara ini. Kami telah mengubah landskap perjalanan udara di India secara menyeluruh dan telah menghubungkan jutaan pengembara ke Malaysia dengan tambnag berpatutan.

“Kami akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri di India bagi mempromosikan industri pelancongan dan akan memacu perjalanan udara ke Thiruvananthapuram serta bandar-bandar lain di India.”

Pelancaran laluan baharu ini amat bermakna buat AirAsia, dalam pada ia meraikan pencapaian menerbangankan kira-kira 800 juta tetamu sejak tahun 2001. Sempena sambutan ini, AirAsia menawarkan tambang promosi bermula hari ini sehingga 26 November 2023 dari Kuala Lumpur ke Thiruvananthapuram bermula RM199 untuk tambang termasuk semua* sehala termasuk 20kg bagasi daftar masuk secara percuma. Tempahan boleh dibuat untuk perjalanan antara 21 Februari 2024 dan 19 Mac 2025.

Jadual penerbangan dari Kuala Lumpur (KUL) ke Thiruvananthapuram (TRV):

*Tambang termasuk semua untuk perjalanan sehala sahaja, termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api, dan yuran lain yang berkenaan. Bergantung kepada kelulusan kerajaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.