AirAsia Newsroom

View Original

SUPER Travel Fest oleh airasia Super App bawakan tawaran hotel terbaik hanya dari RM99

  • Dapatkan tawaran RM99 untuk hotel terpilih di Kuala Lumpur, Langkawi, Bali, Phuket, Boracay dan banyak lagi dengan kod promo SUPERTRAVELS

  • Tawaran sehingga 50% untuk semua hotel dan mana-mana syarikat penerbangan sepanjang tempoh promosi

  • Tawaran Masa Terhad, SUPER Hour Deals, dari 12 tengah hari - 1 petang untuk hotel terkemuka di Langkawi, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Phuket dan Bali

KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2022 - SUPER Travel Fest oleh airasia Super App kini kembali, dengan tawaran perjalanan yang lebih banyak dan lebih baik untuk semua orang, dengan tawaran daripada lebih banyak hotel dan penerbangan daripada lebih 700 syarikat penerbangan ke 3,000 destinasi di seluruh dunia dan 700,000 hotel daripada 23 - 25 Ogos 2022.
Sebagai salah satu agensi pelancongan dalam talian (OTA) yang paling pesat berkembang di rantau ini, airasia Super App memberikan ahlinya layanan istimewa dengan kadar bermula hanya dari RM99 setiap bilik setiap malam di pelbagai hotel popular di Kuala Lumpur, Langkawi, Bali, Phuket, Boracay dan banyak lagi sepanjang tempoh promosi SUPER Travel Fest.

Tawaran Masa Terhad - SUPER Hour Deals, dari 12 tengah hari - 1 petang setiap hari

Sempena SUPER Travel Fest ini juga, nantikan Tawaran Masa Terhad, SUPER Hour Deals dari 12PM - 1PM setiap hari di mana pengguna airasia Super App boleh menempah dan menginap di hotel terkemuka di Langkawi, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Phuket dan Bali daripada hanya RM52 setiap bilik setiap malam! Jangan ketinggalan Tawaran masa terhad, SUPER Hour Deals yang bernilai untuk wang dan masa terhad ini sahaja, jadi tetapkan penggera anda pada 12 tengah hari pada tarikh ini:

Tawaran yang tiada tandingan ini dan banyak lagi boleh didapati dengan menekan ikon 'Hotel' pada airasia Super App. Promosi penginapan hotel adalah buat masa ini sehingga Januari 2023. Tawaran adalah terhad dan tersedia atas dasar siapa cepat dia dapat.

Promosi untuk semua

Jika tawaran hotel di Asean bukanlah yang anda cari, SUPER Travel Fest ini turut menawarkan promosi diskaun sehingga 50% untuk semua hotel di semua destinasi lain, serta penerbangan dari syarikat penerbangan lain! Untuk mencari penerbangan syarikat penerbangan lain melalui airasia Super App, cuma klik pada ikon ‘Flights’, dan cari destinasi yang anda inginkan - sama ada di Kuantan, Sibu, Kathmandu, Taipei atau ke mana-mana sahaja!

Terdapat juga diskaun tambahan untuk penerbangan pada syarikat penerbangan lain seperti Saudia Airlines, Turkish Airlines, Etihad, Lanmei Airlines, Fiji Airways, Japan Airlines ke destinasi percutian anda yang sudah lama ditunggu-tunggu seperti London, Istanbul, Abu Dhabi, Phnom Penh, Fiji, Tokyo dan banyak lagi.

Tan Mai Yin, Ketua Pegawai Komersial airasia Super App, berkata, “Kami kini merupakan platform OTA yang lengkap, dan setiap SUPER Travel Fest, kami menyasarkan untuk menawarkan pengguna airasia Super App kami sesuatu yang berbeza. Kali ini, kami menawarkan tawaran hebat untuk hotel! Selain daripada hotel di destinasi utama Asean seperti Kuala Lumpur, Langkawi, Bali, Phuket dan Boracay, kami juga mempunyai lebih 700,000 hotel di seluruh dunia di platform kami untuk dipilih. Sebagai salah satu platform OTA yang paling kerap dikunjungi di rantau ini, kami sentiasa bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan rakan kongsi hotel yang dipercayai untuk menghidupkan semula minat dan keinginan untuk melancong. Kini, pengguna airasia Super App boleh membandingkan dan menempah penerbangan dan hotel mereka, serta menempah keseluruhan perjalanan mereka pada satu platform, pada nilai harga yang terbaik di pasaran.”

Pihak yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada platform OTA airasia Super App boleh menghubungi aacompartners@airasia.com

Para ahli boleh memperoleh airasia poin untuk semua pembelian mereka melalui airasia Super App, dari penerbangan ke penginapan hotel dan tawaran makanan. Gunakan ia seperti wang tunai untuk menebus penerbangan PERCUMA, penginapan hotel, dan tawaran gaya hidup bersama rakan kongsi eksklusif kami.

Ikuti perkembangan terkini untuk segala-galanya daripada airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram/Facebook atau @airasia di WeChat/Weibo untuk mendapatkan kemas kini terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App anda daripada  Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.