AirAsia Newsroom

View Original

#PickYourSuperAdventure sekarang bersama airasia Super App!

  • Nikmati tawaran hebat untuk penerbangan, hotel, dan SNAP mulai 13 Jun hingga 17 Julai

Singapura, 13 Jun 2022 - Nikmati pengalaman pelancongan istimewa seperti menyelami pengalaman budaya baharu, merasai hidangan eksotik serta nikmati keindahan pantai dan bandar di seluruh rantau ini bersama airasia Super App #PickYourSuperAdventure mulai sekarang sehingga 17 Julai 2022.

Tonton video interaktif di bawah (dan tonton sehingga tamat untuk kejutan!):

Halaman arahan: http://airasia.com/aa/pickyoursuperadventure

Para pengguna airasia Super App di Singapura boleh memenuhi keinginan percutian mereka mengikut keselesaan mereka dengan tawaran hebat untuk menerokai destinasi seperti Jakarta, Bangkok, Malaysia, dan Phuket.

Tawaran Penerbangan, Hotel, dan SNAP

Mulai 13 hingga 19 Jun 2022, pengguna airasia Super App di Singapura boleh menikmati DISKAUN 20% untuk semua tempat duduk pada semua penerbangan atau nikmati sehingga 50% DISKAUN untuk penerbangan ke Siem Reap dengan mana-mana syarikat penerbangan dengan menekan pada ikon “Flights”. Selain itu, para pengguna juga boleh menikmati DISKAUN 10% untuk tawaran SNAP (penerbangan + hotel) ke Kuching melalui ikon “SNAP”. Para tetamu yang ingin membuat tempahan hotel boleh menikmati tawaran penginapan terbaik dengan DISKAUN sehingga 50% untuk hotel di Bali dengan menekan pada ikon “Hotels” di airasia Super App.

Michele Mattotti, Ketua Pegawai Pemasaran airasia Super App berkata “Para pengguna airasia Super App boleh menikmati pelbagai tawaran dan pilihan Super tanpa had melalui kempen #PickYourSuperAdventure. Kami ingin menawarkan tawaran yang menarik dan tanpa tandingan untuk memenuhi keperluan dan personaliti semua pengembara. Sama ada mereka ingin menikmati keindahan bayu laut di tepi pantai atau ingin menerokai bandar bersejarah dan mencari permata tersembunyi – semuanya tersedia untuk mereka. Tidak lupa juga kepada para penggemar makanan yang sentiasa ingin mencuba pelbagai hidangan tempatan untuk memenuhi keinginan mereka. Tonton video dan pilih pengalaman pengembaraan Super anda hari ini bersama airasia Super App #PickYourSuperAdventure.”

Terdapat beberapa tawaran berlainan disasarkan untuk memenuhi pelbagai keperluan para pengembara di seluruh Asean jadi terus ikuti kempen #PickYourSuperAdventure di sini untuk mengetahui tawaran terbaru mulai sekarang sehingga 17 Julai 2022.

Para ahli boleh memperoleh mata ganjaran airasia untuk semua pembelian mereka melalui airasia Super App daripada penerbangan hingga ke penginapan hotel, perkhidmatan airasia ride dan airasia food dan banyak lagi. Gunakan mata ganjaran tersebut seperti wang tunai untuk menebus penerbangan PERCUMA, penginapan hotel, dan tawaran gaya hidup lain bersama rakan kongsi eksklusif kami.

Ikuti perkembangan terkini perkhidmatan e-dagang airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook! Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun aplikasi airasia Super App anda melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.