airasia Super App lancar SUPER+
Pelan langganan dengan nilai terbaik di Asean untuk lebih penjimatan, faedah dan ganjaran
KUALA LUMPUR, 28 Mac 2022 - airasia Super App memperkenalkan cara yang lebih ideal untuk memanfaatkan ekosistem airasia dengan pelancaran pelan langganan SUPER+, yang tersedia untuk pembelian di seluruh Thailand, Malaysia, Indonesia dan Filipina secara serentak mulai hari ini hingga 2 April 2022.
Pelan langganan SUPER+ baharu ini menawarkan pelbagai faedah menarik seperti:
Penebusan penerbangan tanpa had di semua syarikat penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK, FD, QZ, Z2) di rantau ini, untuk destinasi domestik dan antarabangsa.
Penghantaran percuma tanpa had untuk pesanan airasia food di seluruh negara dan lokasi di mana perkhidmatan itu tersedia.
Perlindungan Insurans Sebelum BerlepaTs COVID-19.
Pelanggan SUPER+ boleh menebus penerbangan mereka dari 28 Mac 2022 hingga 27 Mac 2023 untuk tempoh perjalanan antara 11 April 2022 dan 10 April 2023.
Selain itu, pelanggan akan dapat menikmati faedah yang lebih banyak daripada seluruh ekosistem airasia yang akan ditambah sebagai sebahagian daripada pelan langganan ini termasuk diskaun untuk airasia ride, airasia xpress, SNAP, hotel dan banyak lagi.
Pelan langganan SUPER+ berharga RM639 di Malaysia, THB4,999 di Thailand, IDR2.300.000 di Indonesia dan PHP6,599 di Filipina. Ia boleh dibeli di airasia Super App dengan menekan ikon ‘SUPER+.’ Untuk maklumat lanjut tentang cara melanggan SUPER+, klik di sini.*
Pelanggan digalakkan untuk merebut peluang keemasan ini kerana hanya terdapat sejumlah 200,000 palan langganan SUPER+ yang tersedia di seluruh empat buah negara untuk masa terhad sahaja mulai hari ini hingga 2 April 2022. Semua pelanggan juga akan menikmati Perlindungan Insurans Sebelum Berlepas COVID-19, yang akan membolehkan mereka menuntut manfaat insurans sekiranya mereka dijangkiti COVID-19 dalam masa 7 hari sebelum tarikh perlepasan yang dijadualkan.
Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata, “Kini pelanggan akan menikmati pengalaman airasia Super App serta lebih banyak lagi dengan pelan langganan SUPER+. Ini sememangnya cara yang lebih ideal untuk memanfaatkan ekosistem airasia kerana ia membolehkan pelanggan terbang ke mana-mana sahaja, menikmati lebih penjimatan dan pelbagai ganjaran. SUPER+ ialah satu-satunya produk seumpamanya di Asean yang menawarkan manfaat perjalanan dan gaya hidup untuk semua. Kami berbangga menjadi satu-satunya aplikasi super dalam pasaran yang mampu menawarkan pelan langganan yang unik ini merangkumi kedua-dua produk dan perkhidmatan pelancongan serta gaya hidup, seterusnya menjadikan kami sebagai aplikasi pilihan di rantau ini.
“Perjalanan udara kini dalam fasa pemulihan terutamanya dengan pelbagai negara di seluruh Asean mengumumkan pembukaan semula sempadannya dan lebih banyak Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) diumumkan. SUPER+ pastinya akan memudahkan perjalanan, menjadikannya berpatutan dan mudah untuk semua orang melawat dan meneroka pelbagai destinasi dalam rangkaian luas AirAsia. Selain itu, pelanggan juga mempunyai akses kepada produk dan perkhidmatan terbaik airasia Super App di seluruh rantau ini.”
Pelan langganan SUPER+ ini memberikan nilai terbaik kerana airasia food kini tersedia di seluruh Lembah Klang, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Ipoh, Kota Bharu, Kuching dan Miri dengan lebih banyak bandar yang akan dilancarkan akan datang,” tambah Amanda Woo.
Penerbangan yang ditebus melalui SUPER+ tertakluk pada cukai dan fi kerajaan, perkhidmatan tambahan dan caj lain-lain. Tempahan penerbangan mestilah dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berlepas, dan tertakluk pada tempoh embargo serta terma dan syarat lain.
Ikuti perkembangan terkini airasia Super App di Instagram dan Facebook @airasiasuperapp. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App daripada Apple App Store, Google Play atau Huawei AppGallery sekarang.
*Klink di sini untuk terma dan syaratatau Soalan-Soalan Lazim. Harga untuk Malaysia adalah termasuk cukai tempatan.