AirAsia Academy bekerjasama dengan Yayasan Chow Kit untuk menyediakan platform pendidikan bagi kanak-kanak terpinggir di Kuala Lumpur
Mendemokrasikan pembelajaran dengan alatan pembelajaran dalam talian yang mudah
Membantu meningkatkan jurang pendidikan berikutan pandemik Covid-19
KUALA LUMPUR, 17 Mac 2022 - AirAsia Academy, cabang pendidikan RedBeat Capital di bawah Capital A, telah bekerjasama dengan Yayasan Chow Kit, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang membantu kanak-kanak dan belia di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur. Kerjasama ini menyaksikan AirAsia Academy menyediakan platform untuk pembelajaran menerusi video, penilaian automatik, buku elektronik dan alatan pembelajaran lain untuk pelajar yang memerlukan.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Academy Aireen Omar berkata: “Kami amat berbesar hati unutk bekerjasama dengan Yayasan Chow Kit dalam membantu kanak-kanak dan belia yang kurang bernasib baik, berikutan pandemik global ini sekali lagi menyerlahkan ketidaksamaan akses kepada pendidikan percuma dan sama rata untuk kanak-kanak di Malaysia. Melalui platform dalam talian kami yang mudah digunakan oleh pelajar, menjimatkan masa dan sumber institusi pendidikan, kami ingin mendemokrasikan pembelajaran dan meningkatkan kebolehcapaian untuk semua golongan, sejajar dengan visi AirAsia Academy dan Capital A.”
Platform ini menawarkan ciri yang membantu pendidik memantau dan menganalisis kemajuan pelajar dalam subjek yang dipilih sehingga tamat kursus, termasuk tingkah laku dan prestasi pembelajaran pengguna, data aktiviti kursus, profil prestasi pengguna dan lain-lain. Akademi ini juga akan membantu memastikan bahawa kanak-kanak dan belia dari semua latar belakang boleh belajar mengikut kemampuan mereka sendiri sambil menggalakkan penyiapan kursus melalui komunikasi yang menyeluruh di kalangan pelajar dan pengajar.
Aktivis kanak-kanak dan Pengasas Bersama Yayasan Chow Kit, Dato’ Dr. Hartini Zainudin berkata, “Akses kepada pendidikan percuma dan sama rata tidak ditawarkan kepada semua kanak-kanak di Malaysia, dan ianya diketengahkan lagi oleh pandemik semasa. Pengangguran dari kalangan belia juga amat tinggi, dan para pendidik serta kakitangan di Yayasan Chow Kit menyedari kepentingan untuk mewujudkan program alternatif untuk kanak-kanak ini terus berkembang maju dan menamatkan pendidikan mereka. Kerjasama dengan AirAsia Academy ini membolehkan kanak-kanak dan belia mempelajari kurikulum melalui aktiviti, pembelajaran dan bahan rujukan daripada aplikasi Jom Tuisyen dan program latihan untuk melengkapkan mereka dengan pengetahuan asas, kemahiran dan kecekapan bagi pendidikan lepasan menengah, bekerja, dan kemahiran sara hidup. Pada masa hadapan, kami mahu mencipta latihan atau peluang pekerjaan melalui kerjasama dengan AirAsia Academy.”
Selain menyediakan keupayaan sistem pengurusan pembelajaran yang canggih, platform AirAsia Academy juga dilengkapi dengan kandungan atas permintaan yang meluas untuk para pelajar. Kini mereka dapat belajar tentang pengaturcaraan, SEO dan kepimpinan sambil mengikuti pembelajaran di sekolah mereka. Sekolah pula boleh memanfaatkan data pelajar mereka, tingkah laku dan prestasi pembelajaran termasuklah pengambilan dan penyiapan kursus, aktiviti pembelajaran, cabaran, dan prestasi penilaian mereka.
Untuk maklumat lanjut, layari https://redbeatacademy.com
AirAsia Academy
AirAsia Academy is a one-stop tech, leadership and innovation academy aimed at supercharging the digital economy within the ASEAN region.Together with Google Cloud, AirAsia Academy is disrupting the conventional education space by bridging the gap between Tertiary Education and Advanced Industries within the ASEAN region.
We fill in the vacuum that has existed in the past decades by upskilling and reskilling the workforce with what’s relevant in the industry today, making our students highly employable, at the same time equipping them with skill sets required for the modern era.