airasia Super App dan 7-Eleven bekerjasama untuk menyediakan tawaran menarik untuk pelanggan, rakan penghantar dan pemandu
KUALA LUMPUR, 28 Februari 2022 - Platform perjalanan dan gaya hidup untuk semua, airasia Super App kini bekerjasama dengan rangkaian kedai serbaneka terbesar di Malaysia, 7-Eleven, untuk menyediakan tawaran menarik kepada penumpang, rakan penghantar dan pemandu airasia ride, airasia xpress, airasia food dan airasia grocer.
Melalui kerjasama ini, penumpang perkhidmatan e-panggilan paling pesat berkembang oleh airasia Super App, airasia ride boleh memilih salah satu daripada lebih 1,800 cawangan 7-Eleven di seluruh Malaysia sebagai lokasi pengambilan pilihan mereka apabila mereka menempah perjalanan seterusnya. Sementara menunggu pemandu untuk menjemput mereka, penumpang juga boleh membeli mana-mana kopi 7-Eleven pada harga diskaun RM1 (kecuali di 7Café). Penumpang baharu airasia ride juga boleh mendapatkan kod diskaun istimewa di pada resit 7-Eleven mereka untuk perjalanan pertama dengan airasia ride.
Sempena meraikan kerjasama ini, rakan penghantar dan pemandu airasia ride, airasia xpress, airasia food dan airasia grocer juga akan diberi ganjaran sebanyak 711 cawan kopi percuma yang boleh ditebus di mana-mana cawangan 7-Eleven pada 28 Februari. Selama tiga bulan bermula 28 Februari, pemandu dan rakan penghantar juga boleh mengambil kopi pada harga istimewa.
Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata, “Kami berbangga dapat bekerjasama dengan 7-Eleven untuk menawarkan keistimewaan kepada para pelanggan dan terutamanya rakan penghantar dan pemandu kami. Sebagai sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan untuk semua golongan, dan kami sentiasa mencari kerjasama dan rakan kongsi yang inovatif untuk memberi lebih ganjaran kepada pemandu dan rakan penghantar kami yang berdedikasi.
“Kami berharap mereka akan memanfaatkan inisiatif ini untuk menikmati hidangan ringan di 7-Eleven untuk menjaga kesejahteraan mereka pada setiap masa. Memastikan mereka senang hati dan bebas tekanan adalah salah satu keutamaan kami kerana kami menganggap mereka bukan sebagai kakitangan tetapi rakan kongsi yang dihargai. Kami menggalakkan individu yang ingin memulakan perjalanan kerjaya bersama kami sebagai pemandu atau rakan penghantar airasia Super App, atau menjana peluang pendapatan sampingan melalui perkhidmatan penghantaran dan e-panggilan untuk menghubungi kami.”
Mereka yang berminat untuk menyertai keluarga Allstars airasia ride boleh mendaftar dengan memuat turun aplikasi pemandu airasia ride atau layari halaman ini untuk mendaftar. Individu yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan penghantaran airasia boleh mendaftar melalui halaman ini.
Berkongsi sentimen yang sama, Chin Hor Wai, Pengurus Besar Pemasaran 7-Eleven Malaysia berkata: “Dengan kerjasama airasia Super App, kami berusaha untuk memberikan lebih kemudahan kepada penumpang yang menaiki airasia ride kerana kini mereka boleh memilih kedai 7-Eleven terpilih di seluruh Malaysia sebagai lokasi pengambilan pilihan mereka. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan airasia ride terutamanya kerana ia memperkukuh kedudukan kami sebagai kedai serbaneka terkemuka yang menyediakan kemudahan terbaik kepada para pelanggan kami serta penumpang airasia ride. Melalui kerjasama unik ini, kami berhasrat dan berusaha untuk memudahkan pelanggan kami dan penumpang airasia ride sejajar dengan slogan kami Always There For You.”
Para pemandu airasia ride juga mempunyai kelebihan tambahan untuk memanfaatkan jenama syarikat penerbangan tersebut untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan yang melakukan perjalanan ke dan dari lapangan terbang. Para tetamu dalam penerbangan AirAsia kini mempunyai pilihan untuk menempah perjalanan mereka selepas membeli penerbangan mereka, membolehkan pemandu mendapatkan tempahan lebih awal dan merancang perjalanan mereka dengan lebih cekap dan produktif. Mereka juga akan mempunyai maklumat ketibaan penumpang dalam masa nyata, membolehkan mereka menguruskan masa dengan lebih baik dan mengurangkan masa menunggu jadi mereka boleh membuat lebih banyak perjalanan dan menjana lebih banyak pendapatan.
Selain itu, para pemandu akan menerima 85% daripada tambang bersih (tidak termasuk caj tol), yang mana ia lebih tinggi daripada perkhidmatan e-panggilan lain di pasaran, menjadikannya pilihan pekerjaan sambilan dan peluang menjana pendapatan sampingan yang berdaya maju. Tambang untuk perjalanan airasia ditetapkan berdasarkan harga yang berpatutan, mengambil kira kemampuan para tetamu di samping mengimbangi masa perjalanan tambahan berikutan kesesakan trafik.
Untuk promosi dan tawaran istimewa airasia ride, ikuti@airasiasuperapp di Instagram.