airasia Super App bekerjasama dengan MG Group untuk memperkukuh kedudukannya sebagai agensi pelancongan dalam talian

KUALA LUMPUR, 15 Februari 2022 - airasia Super App akan berkembang dengan lebih pantas dan kukuh sebagai platform agensi pelancongan dalam talian (OTA) berikutan kerjasamanya dalam pengedaran dan teknologi dengan MG Group, pasaran hospitaliti perniagaan-ke-perniagaan (B2B) terkemuka di Asia Tenggara.

Kerjasama ini akan menyaksikan integrasi platform MG Jarvis ke platform jualan airasia Super App pada aplikasi dan laman web. Integrasi ini akan menawarkan pelanggan airasia lebih 350,000 tempat penginapan yang ditawarkan di platform MG dan membolehkan rakan kongsi hotel MG memanfaatkan kekuatan airasia, sebagai aplikasi super dan peneraju syarikat penerbangan.

Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata, “Industri pelancongan berkembang pesat dan penting bagi kami untuk terus bekerjasama dengan pemain industri, kerana ia akan menawarkan nilai terbaik kepada pengguna aplikasi dan rakan kongsi hotel kami. Sebagai OTA, kami kini mempunyai 700 rakan kongsi syarikat penerbangan di platform kami termasuk Etihad, Emirates, Turkish Airlines, Air France dan banyak lagi untuk menghubungkan orang ramai ke lebih 3,000 destinasi di seluruh dunia. Kerjasama dengan MG Group ini yang mempunyai kekuatan dalam pengedaran dan teknologi hotel akan melengkapkan kami sebagai platform OTA, dan mempercepatkan pelan airasia Super App untuk menjadi OTA terkemuka di rantau ini untuk menawarkan pelanggan kami nilai terbaik. Kami sudah pun menjadi salah satu daripada tiga OTA dalam talian teratas di Asean dan kami berharap kerjasama dengan MG Group ini akan terus melonjakkan kedudukan kami lebih jauh ke hadapan.”

Brett Henry, Presiden Pengarah MG Group berkata, “airasia merupakan inspirasi kepada semua jenama pelancongan di Asia Tenggara, terutamanya pada masa yang mencabar ini. airasia terus kekal sebagai peneraju industri dengan model dan produk baharu untuk membina jenama perjalanan dan gaya hidup terbaik.

“MG berbangga kerana dapat bekerjasama dengan pemimpin industri seperti airasia dan hubungan ini sejajar dengan misi kami untuk membantu hotel untuk terus berkembang. Platform MG Jarvis baharu amat tepat untuk menyokong permintaan tinggi dan masa tindak balas pantas yang diperlukan oleh airasia Super App.”

airasia Super App mempunyai 16 produk dan perkhidmatan dalam pelbagai kategori, bukan sahaja tawaran penerbangan dan perjalanan bernilai terbaik tetapi juga keperluan gaya hidup seharian, daripada perkhidmatan penghantaran makanan, barangan runcit, e-dagang, kepada perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama, e-panggilan dan banyak lagi.

Ikuti perkembangan terkini airasia Super App melalui @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook! Untuk pengalaman perjalanan yang lebih lancar, muat turun airasia Super App dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.

***

ABOUT MG GROUP
MG Group is Building the Future of B2B Hospitality. We do this by leveraging technology platforms to provide distribution and marketing services that drive sustainable, profitable growth for our hotels, corporations, and travel sellers.  We are technology focused, but customer driven.

The B2B Hospitality Marketplace.   

We have thousands of direct hotels contracts across SE Asia and hundreds of thousands of global hotels via partners all dynamically distributed to our global B2B seller network using the industry's first microservices based platform, MG Jarvis. Our B2B Marketing Platform provides tools to accurately target B2B buyers at every stage of the buying process.

For more information:

Visit our website, https://www.mgholidaygroup.com/

Connect with us onLinkedIn.
Media Inquiries : tara.giovani@mgholidaygroup.com