AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia dinobatkan ‘Best in Future of Digital Infrastructure’ di IDC Future Enterprise Awards 2022

KUALA LUMPUR, 5 October 2022 – AirAsia telah dianugerahkan ‘Best in Future of Digital Infrastructure’ oleh IDC Future Enterprise Awards - Malaysia, khusus di atas inisiatifnya iaitu ‘Building Out the Leading airasia Super App in ASEAN’, sebuah projek kepelbagaian perniagaan digital yang telah dijalankan oleh Kumpulan Capital A.

Anugerah tahunan berprestij ini menyokong keputusan kewangan suku kedua Capital A baru-baru ini yang mana perniagaan digital kumpulan secara keseluruhannya melaporkan pertumbuhan hasil yang kukuh sebanyak 192% Tahun-ke-Tahun, sebahagiannya didorong oleh prestasi kukuh airasia Super App. Anugerah ini juga dibuat susulan pengumuman AirAsia baru-baru ini sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia selama 13 tahun berturut-turut yang diundi oleh Skytrax World Airline Awards 2022.

Memasuki tahun keenam, IDC Future Enterprise Awards yang dianjurkan oleh International Data Corporation (IDC) ASEAN, adalah sebuah platform untuk meraikan syarikat yang telah berusaha untuk memanfaatkan kelebihan teknologi dalam mengharungi cabaran baharu dunia ke arah pendigitalan. 

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A dalam ucapan penerimaan beliau berkata, “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada IDC kerana memberikan kami anugerah ini sebagai pengiktirafan di atas semua kerja keras yang kami lakukan dalam mengubah kumpulan syarikat penerbangan kami untuk menjadi sebuah kumpulan digital dengan penekanan khusus pada pembangunan aplikasi super. airasia Super App dibina pada ketika kami bergelut dengan cabaran Covid, dengan memanfaatkan kelebihan data yang telah kami bangunkan sepanjang tahun kami beroperasi. Kami percaya dengan menyediakan ekosistem yang saling bergandingan, aplikasi super kami akan mengubah kehidupan dan perjalanan ramai pengguna seperti yang telah dilakukan oleh syarikat penerbangan kami. Saya ingin mendedikasikan anugerah ini kepada Allstars di seluruh kumpulan Capital A, terutamanya mereka dalam pasukan airasia Super App. Tahniah kepada semua dan terima kasih IDC ASEAN atas anugerah ini.”

Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App mengulas, “Hari ini, kami telah melakukan transformasi kepada sebuah platform perniagaan e-dagang dan pelancongan, dengan lebih 700 syarikat penerbangan global dan 700,000 hotel di seluruh dunia bagi memenuhi keperluan setiap pengembara di samping turut menawarkan perkhidmatan gaya hidup secara e-dagang seperti perkhidmatan e-panggilan, penghantaran makanan dan bungkusan pada aplikasi kami. Menjelang suku kedua tahun ini, Pengguna Aktif Bulanan (MAU) kami telah meningkat sebanyak 236% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dan pemerolehan pengguna juga telah berkembang dengan stabil. Fokus kami adalah untuk terus memastikan pengalaman pengguna akan dipertingkatkan untuk semua pengguna aplikasi kami, di samping memperluaskan tawaran perjalanan kami dan membina ciri komuniti & penglibatan ke dalam aplikasi bagi mendorong lebih banyak kekerapan dan penggunaan. Kami amat menghargai pengiktirafan itu, dan ini adalah motivasi untuk kami bekerja lebih keras dalam mencipta lebih banyak nilai, bukan sahaja untuk pelanggan kami tetapi juga kepada semua pihak berkepentingan kami seperti para pemegang saham, pelabur dan rakan kongsi perniagaan.”

Dalam ucapan tahniah kepada airasia Super App di atas pengiktirafan itu, Sherie Ng, Pengarah Negara, Singapura dan Malaysia, Google Cloud, berkata, “airasia Super App telah mengambil inisiatif yang proaktif dalam memanfaatkan teknologi pada beberapa tahun yang lalu, termasuk meningkatkan kemahiran airasia Allstars dengan kemahiran berkaitan pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan untuk masa hadapan, menggunakan Google Workspace bagi memupuk kerjasama yang lebih erat dalam persekitaran kerja hibrid hari ini, atau menganalisis pemahaman yang didorong oleh data dalam menyampaikan syor yang diperibadikan secara hiper kepada pengguna bagi pihak perniagaan kecil dalam ekosistemnya, menjadikan ia peneraju dalam arena platform digital di Asia Tenggara. Google Cloud berbesar hati untuk menyumbang kepada visi dan perjalanan transformasi airasia Super App yang telah bermula sebelum pandemik melanda lagi dan kini diiktiraf sebagai pengamal terbaik industri oleh IDC Future Enterprise Awards. Kami amat berharap untuk meneruskan kerjasama erat kami bersama Tony dan pasukannya untuk membantu menyampaikan keterangkuman, kebolehcapaian dan nilai di seluruh rantau ini.”

Sudev Bangah, Pengarah Urusan IDC ASEAN, berkata, “Tahniah kepada AirAsia di atas pencapaian ini. Kami kagum untuk melihat pecutan transformasi perniagaan mereka semasa pandemik. Infrastruktur digital airasia Super App membolehkan tawaran yang diperibadikan dan dioptimumkan untuk para pelanggannya, meningkatkan produktiviti tenaga kerja dan peningkatan bakat dengan budaya tangkas yang membawa kepada pengoptimuman yang ketara & penjimatan kos. Peningkatan infrastruktur digital AirAsia ialah contoh yang baik bagaimana penambahbaikan teknologi boleh digunakan dalam memberi manfaat kepada semua pihak dalam sesebuah ekosistem dengan hasil yang ketara.”

Ikuti perkembangan terkini untuk segala-galanya daripada airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram/Facebook atau @airasia di WeChat/Weibo untuk mendapatkan kemas kini terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App anda daripada Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.

 *** TAMAT ***

Mengenai IDC

International Data Corporation (IDC) ialah pembekal global utama bagi perisikan pasaran, khidmat nasihat dan acara untuk pasaran teknologi maklumat, telekomunikasi dan teknologi pengguna. Dengan lebih daripada 1,300 penganalisis di seluruh dunia, IDC menawarkan kepakaran global, serantau dan tempatan mengenai peluang dan trend teknologi serta industri di lebih 110 negara. Analisis dan pandangan IDC membantu profesional IT, eksekutif perniagaan dan komuniti pelaburan untuk membuat keputusan teknologi berasaskan fakta dan mencapai objektif perniagaan utama mereka. Ditubuhkan pada tahun 1964, IDC ialah anak syarikat milik penuh International Data Group (IDG), syarikat media teknologi, data dan perkhidmatan pemasaran terkemuka di dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai IDC, sila layari www.idc.com. Ikuti IDC di Twitter di @IDCAP dan di LinkedIn. Langgan Blog IDC untuk berita dan pandangan industri.