AirAsia Newsroom

View Original

Perkhidmatan penghantaran barangan runcit di airasia Super App kini dikenali sebagai airasia grocer

  • Nikmati diskaun hebat SGD10 dengan kod promosi [GROCER10]

  • Klik ikon ‘Grocer’ pada airasia Super App atau layari airasia.com/grocer

SINGAPURA, 23 OGOS 2021 - Perkhidmatan penghantaran barangan runcit di airasia Super App diberi nafas baharu dan kini dikenali sebagai airasia grocer (sebelum ini airasia fresh). Nama baharu ini selari dengan misinya untuk membekalkan produk segar dan menyediakan pengalaman pembelian barangan runcit secara holistik kepada penduduk di Singapura. 

Sempena penjenamaan semula ini, para pelanggan airasia grocer di Singapura boleh menikmati diskaun hebat SGD10 dari pesanan mereka dengan kod promosi GROCER10 semasa membuat pembayaran dari sekarang hingga 31 Ogos, dan memperoleh hingga 10 kali ganda jumlah BIG Poin oleh BIG Rewards semasa mereka membuat pembelian di airasia grocer pada setiap hari Rabu. Para pelanggan hanya perlu klik ikon Grocer di airasia Super App atau layari airasia.com/grocer untuk mendapatkan senarai lengkap produk yang tersedia.

Lim Ben-jie, Ketua e-dagang airasia Super App berkata, “Setelah lebih dari sebulan kami melancarkan platform perkhidmatan penghantaran barangan runcit yang kini dikenali sebagai airasia grocer di Singapura, sambutan yang diterima amat menggalakkan. Penjenamaan semula ini penting kerana kami berhasrat untuk berkembang menjadi platform sehenti untuk keperluan barangan keperluan harian, terutamanya dalam talian. Kami telah mengembangkan peniaga yang berdaftar di Singapura sebanyak 45% sejak pelancaran perkhidmatan ini kerana mereka dapat melihat nilai platform kami di mana mereka boleh memanfaatkan usaha pemasaran dan kempen berkala airasia, seterusnya mendorong lebih banyak lalu lintas dalam talian dan meningkatkan jualan. 

“Kami terus mengalu-alukan mana-mana peniaga produk dan hasil makanan segar yang berminat untuk menyertai platform kami. Selain itu, airasia grocer menawarkan harga komisen yang rendah di kalangan industri ini, berbanding sehingga 30% di platform lain. Untuk mendaftar, isi borang ini dan mereka akan dihubungi oleh pasukan airasia grocer secepat mungkin,” tambah Ben-Jie. 

Kepada mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan penghantaran airasia boleh mendaftar melalui borang ini. 

Ikuti perkembangan dan tawaran e-dagang terkini airasia Super App di Instagram@airasiasuperapp.sg!