AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia hulurkan bantuan makanan melalui kerjasama airasia grocer dan kitajaga.co

  • airasia grocer akan menderma satu Pek Nilai kepada badan amal untuk setiap pembelian

KUALA LUMPUR, 18 OGOS 2021 - Kumpulan AirAsia hari ini melancarkan inisiatif bantuan makanan sebagai sebahagian daripada strategi berterusannya untuk membantu mereka yang terkesan dari segi kewangan berikutan pandemik yang berpanjangan ini.  

Sebagai sebuah organisasi yang yang peka terhadap masyarakat, airasia memanfaatkan seluruh infrastruktur yang telah dikembangkan selama ini untuk menyalurkan bantuan yang diperlukan, lancar dan pantas pada masa yang mencabar ini.    

Kebanyakan bantuan dari program-program bantuan makanan setakat ini menyediakan makanan kering dan barang keperluan asas, namun terdapat juga keperluan yang tinggi untuk  barang makanan yang berkhasiat bagi seisi keluarga untuk memastikan diet yang seimbang dalam tempoh ini.

Menyahut bantuan untuk menyediakan barangan keperluan yang berkhasiat dan menggunakan ekosistem airasia, airasia grocer, cabang perkhidmatan penghantaran barangan runcit oleh airasia Super App (sebelum ini dikenali sebagai airasia fresh) memperkenalkan pek nilai istimewa ‘Kita Jaga Kita’, yang merangkumi barangan runcit berkhasiat dan keperluan harian yang berpatutan untuk membantu orang ramai dan keluarga yang memerlukan.

Barangan segar ini adalah produk dari airasia farm di mana ia bekerjasama dengan petani kecil tempatan. Selain membantu menjana pendapatan tambahan kepada para petani dan peniaga, airasia farm juga menawarkan mereka kemahiran untuk mendigitalkan perniagaan mereka untuk menjangkau pasaran lebih luas dalam era e-dagang ini.   

Penghantaran pula dikendalikan oleh Teleport, cabang logistik e-dagang airasia yang fokus untuk membuat penghantaran pek nilai ini kepada mereka yang memerlukan pada hari yang sama.

Sebagai pelancaran kempen ini, sukarelawan dari Kumpulan AirAsia memberi bantuan makanan kepada tiga buah kampung Orang Asli di Gombak, Selangor. Pesanan untuk pek nilai ini dibuat oleh Badan Bukan Kerajaan kerana tiada kedai berdekatan kampung tersebut untuk membeli barangan segar.

Kakitangan AirAsia yang dikenali sebagai Allstars juga berganding bahu untuk menghulurkan bantuan pek nilai ini kepada rakan sekerja mereka yang sedang menjalani kuarantin dan tidak dapat membeli barangan segar berikutan perintah pergerakan yang masih berkuatkuasa.

Dengan permintaan bantuan yang semakin meningkat daripada pelbagai komuniti lain, airasia grocer turut bekerjasama dengan laman web tempatan kitajaga.co untuk membolehkan penderma membeli pek nilai Kita Jaga Kita di laman web tersebut dan membolehkan penderma untuk memilih penerima di Lembah Klang.

Selain itu, untuk setiap pembelian pek nilai Kita Jaga Kita, airasia grocer juga akan menderma satu lagi pek  kepada penerima yang terpilih di laman web kitajaga.co.    

Kitajaga.co adalah platform bantuan kecemasan makanan yang ditubuhkan oleh sekumpulan sukarelawan dari Terato Tech, sebuah syarikat pembangunan digital di Malaysia untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat COVID-19. Ia membolehkan penderma menghubungi mereka yang memerlukan bantuan dan menghulurkan bantuan dari segi barangan keperluan harian. Sesiapa yang menetap di Malaysia boleh mendaftar di laman web ini sama ada sebagai individu yang memerlukan bantuan atau individu yang ingin menghulurkan bantuan.   

Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata, “Menyediakan perkhidmatan untuk semua adalah asas jenama kami. Kerjasama dengan kitajaga.co ini amat bermakna buat kami kerana ia memastikan mereka yang memerlukan menerima barangan runcit yang berkhasiat. Kami juga memudahkan proses bagi sesiapa sahaja untuk menghulurkan bantuan melalui kitajaga.co dan penderma boleh memilih penerima bantuan mereka. Selain itu, semua produk disediakan oleh airasia farm yang turut memberi manfaat kepada para petani dan pembekal tempatan.”  

“Kami percaya melalui usaha dan sumbangan anda semua, inisiatif ini dapat membantu meringankan beban mereka yang terkesan akibat pandemik ini dan pada masa yang sama, membantu Malaysia mengharungi pandemik untuk menjadi sebuah negara yang lebih kuat,” kata Amanda.    

Penderma boleh menyertai program ini dengan membeli pek nilai Kita Jaga Kita pada harga yang berpatutan dari airasia grocer melalui kitajaga.co. Setiap pek ditawarkan pada harga berpatutan RM79 untuk pek besar atau RM43 untuk pek kecil yang mempunyai makanan segar yang berkhasiat seperti ikan, ayam, sayur-sayuran dan barangan runcit lain. 

Di laman utama kitajaga.co, penderma boleh memilih penerima dari laman web tersebut, melengkapkan pembelian melalui airasia grocer, dan pek tersebut akan dihantar kepada penerima.

Program Kita Jaga Kita ini akan dijalankan sepanjang bulan Ogos dan orang ramai boleh menyertai dengan mengikuti langkah mudah ini:

  • Step 1: Layari kitajaga.co, pilih penerima dan berhubung dengan mereka untuk mendapatkan alamat dan butiran mereka. Kemudian klik ‘Hantar Barang’.

  • Step 2: Klik ‘airasia’ dan teruskan.

  • Step 3: Isikan butiran penerima untuk penghantaran (dari langkah 1). Sila log masuk ke akaun airasia anda untuk langkah ini.

  • Step 4: Buat pembelian Pek Nilai Kita Jaga Kita yang anda inginkan.

  • Step 5: Teruskan pembelian dan pasukan airasia fresh akan mengendalikan pesanan anda!

airasia grocer kini terus berkembang dan peniaga yang berminat untuk mendaftar boleh mengisi borang ini, dan akan dihubungi untuk maklumat lanjut.

Ikuti perkembangan terkini di @airasiasuperapp di Instagram untuk tawaran terkini di airasia Super App! 

*Sementara stok masih ada.