airasia money kini menawarkan insurans kereta digital

airasia money - digital car insurance.jpg

KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2021 - Pemilik kereta yang ingin memperbaharui insurans kereta bukan sahaja akan mendapat tawaran terbaik bahkan berpeluang untuk memenangi sebuah kereta dengan pelancaran perkhidmatan insurans kereta digital baharu oleh airasia money di airasia Super App dan airasia.com/money bermula hari ini.  

Dengan kerjasama PolicyStreet, perkhidmatan insurans kereta digital ini termasuk pembaharuan insurans dan cukai jalan serta menawarkan pemilik kereta perkhidmatan perbandingan harga insurans dari pelbagai syarikat insurans sebelum memilih pakej terbaik. Ia juga menawarkan insurans tambahan lain seperti cermin hadapan, banjir, tambahan pemandu dan perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk cukai jalan. PolicyStreet telah diikhtiraf sebagai salah satu daripada sepuluh syarikat permulaan InsurTech oleh Insurance Business Magazine Asia 2020.   

Untuk meraikan tawaran produk terbaharu ini, airasia money turut melancarkan pertandingan yang menawarkan Perodua Axia 1.0 lava Red GExtra sebagai hadiah utama. Pemilik kereta boleh menyertainya apabila mereka memperbaharui insurans kereta bersama airasia money bermula hari ini hingga 2 November 2021. Tiada minimum premium insurans diperlukan untuk menyertai pertandingan ini. 

Selain itu, pemilik kereta juga dapat menikmati diskaun tunai segera sebagai hadiah daripada airasia money. Nikmati diskaun RM50 segera yang akan diberikan untuk premium insurans melebihi RM600 dan diskaun RM25 segera yang akan diberikan untuk premium insurans kurang daripada RM600 dengan menggunakan kod promosi: airasia50.

Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata, “Para pelanggan kini boleh mendapatkan lebih banyak tawaran teknologi kewangan yang tersedia di airasia Super App kerana kami akan terus memperkukuh, berinovasi dan kekal relevan di dalam pasaran ini menerusi airasia money. Kerjasama dengan PolicyStreet juga membolehkan kami untuk menawarkan pilihan terbaik, dari segi nilai dan kepantasan di dalam pasaran insurans kereta digital. AirAsia sentiasa mementingkan perkhidmatan untuk semua, sama seperti kami membolehkan semua orang untuk terbang, airasia money akan memberikan perkhidmatan kewangan terbaik di pasaran dan boleh diakses oleh semua orang.”

Mohamad Hafidz Mohd Fadzil (Mo), Ketua airasia money berkata, “Tujuan kami adalah untuk menjadi pusat sehenti bagi semua penyelesaian kewangan kepada pengguna airasia Super App dengan kerjasama PolicyStreet, platform insurans dalam talian terbaik. Kami juga berharap untuk menyediakan perkhidmatan insurans yang mudah, senang dan berpatutan kepada lebih 36 juta pengguna airasia Super App dan pemilik kereta. Pengembangan airasia money berada di landasan yang betul dan kami akan menawarkan produk dan perkhidmatan kami di Indonesia dan perkhidmatan insurans dan pelaburan di Malaysia kedua-duanya pada suku tahun keempat 2021 serta pembayaran insurans premium kereta digital pada suku tahun pertama 2022.” 

Kerjasama dengan PolicyStreet turut membolehkan airasia money untuk menawarkan insurans kereta digital menyeluruh dari syarikat terkenal seperti Tune Protect Group Berhad, AXA Affin General Insurance Berhad, Etiqa General Takaful Berhad, Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad dan banyak lagi. PolicyStreet juga melengkapi strategi platform digital airasia Super App yang dikuasai oleh API, teknologi masa nyata dan menggabungkan 10 syarikat insurans. 

Para pelanggan boleh memperbaharui insurans kereta digital dengan melayari airasia.com/money atau airasia Super App. Anda hanya perlu mengisi butiran peribadi dan kereta, dan akan dapat melihat nilai terbaik lebih daripada 10 sebut harga dalam masa 60 saat. Selepas pembelian telah dibuat, anda akan menerima e-Polisi melalui emel dalam masa lima minit. Untuk perkhidmatan perbaharui cukai jalan, airasia money melalui MYEG turut menyediakan penghantaran ke rumah di seluruh negara dari 2 hingga 5 hari bekerja.  

Lee Yen Ming, Ketua Pegawai Eksekutif PolicyStreet berkata, “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan airasia dan memperkukuh ekosistem airasia Super App dengan menyediakan penyelesaian insurans untuk semua pelanggan airasia. Dengan penggabungan penyelesaian ini, para pelanggan airasia kini boleh membeli polisi insurans di hujung jari mereka dengan mudah. Kami juga telah bekerjasama dengan beberapa buah syarikat insurans lain untuk menurunkan kos insurans eksklusif untuk pelanggan airasia.”   

PolicyStreet, platform insurans dalam talian, merupakan InsurTech yang pertama dan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dengan lesen Penasihat Kewangan dan Penasihat Kewangan Islam.  

Untuk perkhidmatan dan maklumat terkini mengenai airasia money, muat turun aplikasi airasia Super App atau layari airasia.com/money.