AirAsia Newsroom

View Original

BIG Rewards rai satu juta pemegang kad debit, kredit

Mohon Kad Kredit airasia untuk menangi satu juta BIG Poin!

KUALA LUMPUR, 8 Julai 2021 - BIG Rewards oleh airasia (sebelum ini dikenali sebagai AirAsia BIG Loyalty) meraikan satu lagi pencapaian besar iaitu satu juta pemegang kad debit dan kredit airasia!

Untuk meraikan pencapaian ini, BIG Rewards akan menawarkan satu juta BIG Poin setiap seorang kepada empat pemohon bertuah dari empat buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand di mana kad airasia ini tersedia. 

Kad Kredit airasia menawarkan pelbagai manfaat termasuk BIG Poin untuk setiap transaksi dengan 2X BIG Poin untuk perbelanjaan melalui airasia.com atau airasia Super App,  0% pelan pembayaran mudah selama 12 bulan dan tiada yuran tahunan untuk tahun pertama dengan perbelanjaan minimum. Pemegang kad juga akan menikmati hadiah pendaftaran dan bonus sukuan sehingga 25,000 BIG Poin.


Spencer Lee, Ketua Pegawai Eksekutif BIGLIFE Sdn Bhd berkata, “Kami amat berbangga kerana telah mencapai satu juta pengguna kad ini bersama kami. Melalui kad airasia, Ahli BIG dapat mengumpul BIG Rewards untuk perbelanjaan harian mereka dan ini adalah cara terpantas untuk mendapatkan BIG Poin. Hari ini, kami telah memperluaskan pilihan kepada Ahli BIG untuk menggunakan BIG Poin mereka di airasia food, airasia fresh dan airasia beauty di airasia Super App. Selain itu, mereka dapat menebus pelbagai tawaran gaya hidup dan berkongsi BIG Poin kepada orang yang tersayang melalui BIG Points Transfer di aplikasi BIG Rewards."

“Kami berusaha untuk mengembangkan penggunaan BIG Poin sebagai mata wang kesetiaan digital secara meluas dan kami berharap kad ini akan terus berkembang dari segi pendaftaran dan penggunaan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan kongsi bank kami - Hong Leong Bank Malaysia, PermataBank Indonesia, RCBC Filipina dan Bangkok Bank Thailand atas kerjasama dan kepercayaan mereka kepada kami,” tambah Spencer.

Mohon kad kredit airasia dari 9 Julai hingga 31 Ogos 2021 di airasiacards.com untuk peluang memenangi 1 juta BIG Poin.

Pada bulan Jun, BIG Rewards telah melancarkan BIG Xchange yang diperbaharui dengan ciri baharu pada aplikasinya. Sebagai platform pertukaran mata ganjaran universal, BIG Xchange memberi kebebasan kepada ahlinya untuk menukar mata ganjaran dengan serta-merta dalam satu platform dan menebus tawaran eksklusif untuk menikmati lebih penjimatan.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram untuk maklumat terkini dan tawaran BIG Poin. Muat turun aplikasi BIG Rewards, daftar sebagai Ahli BIG dan mulakan kehidupan BIG anda! #EarnBIGLiveBIG

Tertakluk kepada terma dan syarat.