AirAsia Newsroom

View Original

airasia fresh lancar khidmat penghantaran pada yang hari sama Fresh Xpress

Nikmati diskaun RM3 dengan kod promosi ‘XPRESS’ semasa pembayaran

KUALA LUMPUR, 2 JUN 2021 - Kini anda tidak perlu lagi risau untuk mendapatkan barangan runcit semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini kerana Fresh Xpress, perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama kini tersedia di airasia fresh.

Dapatkan barangan runcit harian anda seperti telur, bawang putih, bawang besar, cili, buah-buahan, makanan laut, daging dan banyak lagi di tab Fresh Xpress di airasia super app atau layari airasia.com/fresh. Pesanan yang dibuat selewat-lewatnya pada jam 12 tengah hari akan dihantar terus ke rumah anda pada hari yang sama, oleh Teleport. Perkhidmatan Fresh Xpress ini tersedia di Lembah Klang dan akan diperluas ke kawasan lain tidak lama lagi.

Nikmati juga diskaun RM3 dengan kod promosi XPRESS dari 3 hingga 10 Jun, selain perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had dengan perbelanjaan minimum RM50 sepanjang bulan Jun.

Lim Ben-Jie, Ketua e-dagang airasia super app berkata, “Kami berbesar hati untuk menawarkan kemudahan, kepantasan dan kebolehpercayaan kepada para pelanggan untuk pembelian pada hari yang sama. Dalam masa yang mencabar dan keadaan tidak menentu ini, membuat perbelanjaan barangan runcit secara dalam talian sememangnya lebih selamat dan selesa. Justeru, kami ingin memainkan peranan untuk membantu rakyat Malaysia tinggal di rumah dan kekal selamat supaya kita dapat memerangi pandemik ini bersama-sama. Selain itu, kami juga menjamin kesegaran untuk semua produk menerusi perkhidmatan penghantaran Fresh Xpress pada hari yang sama kerana semuanya disediakan oleh airasia farm, platform produk segar kami yang menghubungkan para petani terus kepada perniagaan. Kami akan terus mengembangkan senarai produk dan tawaran di Fresh Xpress untuk menyediakan tawaran terbaik kepada para pelanggan di airasia fresh.”

Selain daripada perkhidmatan penghantaran Fresh Xpress pada hari yang sama, pelanggan airasia fresh juga dapat memilih tarikh dan waktu penghantaran untuk memastikan bahawa mereka dapat menerima pesanan pada waktu yang bersesuaian.

Para pelanggan juga dapat menikmati lebih penjimatan dan lebih nilai kerana mereka boleh membuat pembayaran dengan BIG Poin di airasia fresh, dan mengumpul 10X BIG Poin apabila mereka membuat pembelian pada hari Rabu.

Untuk maklumat terkini airasia fresh, ikuti airasia delivers di Instagram (instagram.com/airasiadelivers) dan Facebook (facebook.com/airasiadelivers).