AirAsia Newsroom

View Original

airasia money lancar Pasaran Kewangan yang menawarkan produk kewangan komprehensif

(Dari kiri) Yuen Tuck Siew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Ringgitplus, Karen Chan, Ketua Pegawai Eksekutif airasia super app, Mohamad Hafidz, Ketua airasia money dan Hann Liew, Ketua Komersial Ringgitplus pada majlis pelancaran airasia money di KL Sentral hari ini.

KUALA LUMPUR, 23 April 2021 - Industri teknologi kewangan dan neobank yang kini terus memacu landskap kewangan di Malaysia dan seluruh Asean membuka peluang kepada airasia untuk mengganggu industri kewangan dan mengembangkan perkhidmatan teknologi kewangannya dengan melancarkan Pasaran Kewangan oleh airasia money.

Diintegrasikan di dalam airasia super app, Pasaran Kewangan oleh airasia money ini merupakan perkhidmatan yang menawarkan produk kewangan berpatutan dan komprehensif kepada para pelanggan. Ia memfokuskan kepada keperluan semasa dan berharap untuk menyediakan penyelesaian kewangan, kesedaran dan pendidikan. Para pelanggan boleh mengakses platform ini untuk mendapatkan berita terkini mengenai kewangan peribadi, maklumat, panduan dan membuat pilihan terbaik bagi keperluan segera mereka.

Pasaran Kewangan oleh airasia money kini menawarkan aplikasi kad kredit dan pinjaman peribadi bersama rakan kongsinya, Ringgitplus. Ia juga akan membuat perbandingan terhadap produk dan penyelesaian kewangan lain termasuk insurans, pelaburan, kesedaran dan pendidikan kewangan, pembayaran serta produk dan perkhidmatan kewangan Islam. Pasaran Kewangan ini direka secara berperingkat dan akan terus ditambah baik dengan lebih banyak produk dan perkhidmatan melalui kerjasama pemain industri teknologi kewangan lain.  

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Group berkata, “Setelah melancarkan airasia super app pada tahun lepas yang menjadi peneraju super app di Asean, kami terus berinovasi dan teruja untuk memperkenalkan cabang baharu dalam airasia super app iaitu airasia money pada hari ini. Kami telah menceburi industri teknologi kewangan pada tahun 2018 dengan BigPay, dan kami berhasrat untuk terus berinovasi dan kekal relevan dalam pasaran ini dengan memperkenalkan airasia money untuk mendorong para pelanggan ke arah kebebasan kewangan. Pasaran Kewangan yang tersedia di dalam airasia super app akan menjadi pusat sehenti bagi semua keperluan kewangan untuk para pelanggan kami bermula di Malaysia dan diikuti oleh negara-negara Asean lain termasuk Indonesia (S2 2021), Filipina (S3 2021) dan Thailand (S4 2021).  

“Kami juga teruja untuk terus menjadi pengganggu industri dan bekerjasama dengan Ringgitplus, platform kewangan terkemuka di Malaysia untuk memulakan Pasaran Kewangan yang menawarkan akses lebih luas dan berpatutan untuk perkhidmatan dan produk kewangan. Airasia money berfungsi sebagai sebuah platform yang memberikan pilihan terbaik bagi keperluan pelanggan kami dan membantu mereka mencari atau memenuhi pembiayaan. Kami berharap dapat memainkan peranan penting dalam mendorong rangkuman kewangan di Asean dan membantu berjuta-juta pelanggan di seluruh rantau ini.”  

Mohamad Hafidz, Ketua airasia money berkata, “airasia money bertanggungjawab untuk menyediakan Teknologi dan Inovasi Pembayaran bagi airasia Group dan memastikan pengalaman pembayaran lancar serta menjadikan pembayaran atas talian lebih mudah. Ciri-ciri ini adalah keupayaan teras dalam penyelesaian dan penawaran digital kami. Pasaran Kewangan adalah tawaran produk teknologi kewangan baharu yang tersedia di airasia super app yang memberikan semua pelanggan kami pelbagai penyelesaian kewangan yang menyeluruh dan mudah. Dengan kerjasama strategik seperti RinggitPlus, kami menyediakan platform yang selamat dan penyelesaian berasaskan keperluan setiap individu.” 

Untuk perkhidmatan dan maklumat terkini mengenai airasia money, muat turun aplikasi airasia super app atau layari airasia.com/money.