AirAsia Newsroom

View Original

IKHLAS lancar platform e-dagang mesra muslim ‘Shop with IKHLAS’

Datuk Kamarudin Meranun, Pengarah Eksekutif AirAsia Group melancarkan platform e-dagang IKHLAS, Shop with IKHLAS

KUALA LUMPUR, 15 Mac 2021 - IKHLAS, cabang perniagaan mesra muslim airasia Digital melancarkan platform e-dagang ‘Shop with IKHLAS’ hari ini bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat oleh para pelanggan mesra muslim.

Shop with IKHLAS kini boleh dilayari di ikhlas.com yang menawarkan pelbagai produk termasuk sejadah dan telekung, makanan kering, makanan siap dibungkus, daging segar halal, produk kecantikan, makanan tambahan kesihatan, buku, produk seni islam, pakaian, barangan cenderamata IKHLAS dan banyak lagi. 

Ikhlas Kamarudin, Ketua IKHLAS berkata, “Kami berbesar hati untuk memperkenalkan platform e-dagang yang memfokuskan pada produk mesra muslim. Apa yang penting, kami bersyukur kerana dapat membantu peniaga tempatan melalui platform ini supaya mereka boleh meneruskan perniagaan pada masa yang sukar ini. Pelancaran ‘Shop with IKHLAS’ ini juga tepat pada masanya untuk menyambut bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi dan kami berharap untuk menjadi platform sehenti yang menawarkan produk dan perkhidmatan mesra muslim pada harga berpatutan bagi komuniti islam di seluruh negara.”

Sempena pelancaran platform ini, IKHLAS menawarkan diskaun 10% untuk produk di Shop with IKHLAS dari 15 - 31 Mac 2021. 

Selain itu juga, IKHLAS turut melancarkan kempen Mystery Box untuk masa terhad dari 20 Mac hingga 30 April 2021. Dua puluh (20) pemenang bertuah akan berpeluang menerima Mystery Box bernilai RM300 setiap satu. Untuk menyertai kempen ini, para pelanggan hanya perlu menghantar video mereka bersama barangan atau perkhidmatan yang dibeli melalui laman web IKHLAS di Instagram, hashtag #ikhlasmsyterybox, tag @ikhlasdotcom & lima (5) rakan dan kongsikan mengapa menggunakan produk dan perkhidmatan IKHLAS.    

Untuk setiap pembelian melalui Shop with IKHLAS, sebahagian daripadanya akan didermakan kepada perkhidmatan Sedekah IKHLAS dan akan digunakan untuk membeli barangan keperluan komuniti yang memerlukan di seluruh negara. Selain itu, para pelanggan juga dapat mengumpul 1 BIG Poin untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di ikhlas.com dari 15 hingga 31 Mac 2021. 

Shop with IKHLAS menyediakan penghantaran ke seluruh negara. Para peniaga yang berminat untuk menyertai Shop with IKHLAS boleh menghubungi sales@ikhlas.com

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif akan datang, layari ikhlas.com, atau laman sosial di Instagram @ikhlasdotcom dan Facebook ikhlasdotcom