AirAsia Newsroom

View Original

Sertai airasia food di Kota Bharu dengan pendaftaran percuma

KUALA LUMPUR, 8 Oktober 2021 - Para peniaga makanan dan minuman di Kota Bharu, sebuah bandar yang terkenal dengan pelbagai juadah terkemuka bakal mempunyai satu lagi pilihan perkhidmatan penghantaran makanan dengan caj komisen terendah iaitu airasia food oleh airasia Super App. Sempena pelancarannya tidak lama lagi, airasia food mengalu-alukan peniaga makanan dan minuman di Kota Bharu untuk menyertainya tanpa bayaran pendaftaran, sebagai sebahagian daripada usaha pengembangannya yang pesat.

airasia food disokong oleh ekosistem airasia Super App yang menyeluruh dan Teleport (cabang logistik airasia Digital) yang menyediakan penyelesaian logistik lancar bagi para peniaga dengan kadar komisen terendah dalam industri hanya 15%. Mula dilancarkan di Lembah Klang, airasia food kini telah memperluas perkhidmatannya ke sembilan buah bandar dan Kota Bharu yang ke-10.

Peniaga makanan dan minuman yang berminat untuk menyertai platform airasia food hanya perlu mengisi borang ini dan mereka akan dihubungi oleh pasukan airasia food untuk maklumat lanjut.

Lim Ben-Jie, Ketua e-Dagang airasia Super App berkata: “Kami terus berusaha untuk menjadi platform alternatif yang lebih baik bagi perkhidmatan penghantaran makanan kepada para peniaga dan pelanggan. Kami telah melihat permintaan yang memberangsangkan, terutamanya daripada peniaga makanan kecil dan tempatan di Kota Bharu untuk disenaraikan di airasia food. Oleh itu, kami secara rasminya ingin mengalu-alukan mereka untuk mendaftar dengan kami.

“Kelantan, khususnya Kota Bharu adalah syurga makanan tersendiri. Terdapat banyak jenama makanan dan minuman tempatan yang menyajikan hidangan tempatan, antarabangsa dan banyak lagi, dan kami berharap dapat bekerjasama dengan mereka untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan terbaik kepada semua orang di Kota Bharu. 

“Kami adalah untuk menyediakan akses penghantaran makanan kepada semua dan kami telah menerima maklum balas positif daripada ramai peniaga tempatan yang berkongsi bagaimana airasia food telah membantu mereka pada masa sukar ini dengan menawarkan caj komisen yang jauh lebih rendah dan pendaftaran yang mudah tanpa bayaran. Bukan sahaja mereka dapat menawarkan harga yang rendah, malah para pelanggan dapat menikmati hidangan kegemaran mereka dengan lebih nilai dari kedai-kedai terkemuka di Kota Bharu dari keselesaan rumah mereka.”

Selain caj komisen yang lebih rendah, para peniaga mempunyai akses mudah untuk melihat semua urus niaga yang telah dibuat dan dapat berkomunikasi terus dengan pelanggan. Mereka juga dapat menyelaraskan menu mereka sepenuhnya, termasuk menetapkan harga. Mereka juga akan menerima bantuan dari pengurus akaun yang akan membantu membawa perniagaan makanan dan minuman mereka ke dalam talian, selain menyediakan bantuan sistem untuk analisis dan pemantauan data. Peniaga juga boleh memanfaatkan usaha pemasaran yang luas dan kempen berterusan untuk meningkatkan publisiti dan jualan termasuk kempen Hidangan Percuma kami yang dikenali ramai.

Individu yang berminat untuk menyertai pasukan penghantaran airasia boleh mendaftar melalui laman ini

Ikuti perkembangan terkini airasia food dan peneraju platform perjalanan dan gaya hidup terkemuka di Asean melalui @airasiasuperapp di Instagram.