AirAsia Newsroom

View Original

airasia.com tawar perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had sepanjang PKP

KUALA LUMPUR, 14 Januari 2021 - Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan di beberapa buah negeri, airasia ingin membantu rakyat Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had untuk airasia food, airasia fresh dan airasia shop sepanjang tempoh PKP.

Buat masa ini, perkhidmatan penghantaran percuma hanya tersedia di Lembah Klang sahaja dan akan ditawarkan di kawasan-kawasan lain tidak lama lagi, untuk memudahkan rakyat Malaysia memesan makanan, produk segar, barangan runcit, kecantikan, fesyen dan banyak lagi di samping kekal selamat di rumah.

Pete Chareonwongsak, Ketua Pegawai Eksekutif Teleport (cabang logistik airasia digital) berkata: “Untuk kemudahan para pelanggan kami, perkhidmatan kami seperti penghantaran makanan, hasil segar dan barangan runcit serta barangan bebas cukai tetap beroperasi sepanjang tempoh PKP. Kami berharap inisiatif perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had ini dapat memudahkan para pelanggan untuk memesan keperluan harian mereka. Sama ada sayur-sayuran segar, makanan laut, makanan harian, penjagaan kulit atau produk kecantikan, semuanya ada di airasia.com untuk semua.

“Pasukan penghantaran kami yang dikenali sebagai Teleporters kini bersedia untuk menghantar pesanan anda. Kami akan terus meningkatkan perkhidmatan e-dagang ini dan juga memperluas perkhidmatan penghantaran kami ke kawasan-kawasan selain Lembah Klang tidak lama lagi,” tambah beliau.

Pesan pelbagai hidangan dari rumah di airasia food yang menawarkan pelbagai jenis pilihan makanan yang disediakan oleh chef dari rumah atau restoran terkemuka dan nikmati Penghantaran Percuma Tanpa Had dalam jarak penghantaran 15km.

Selain itu, pesan produk segar, daging, makanan laut dan barangan runcit dalam talian di airasia fresh dan nikmati Penghantaran Percuma Tanpa Had dengan perbelanjaan minimum RM30 dan menggunakan kod promosi STAYHOME. Tiada had untuk jarak penghantaran percuma dan pelanggan boleh memilih penghantaran untuk hari berikutnya atau penghantaran berdasarkan waktu pilihan mereka. 

Nikmati juga pembelian pelbagai produk dari keselesaan kediaman anda melalui airasia shop, seperti produk penjagaan kulit, solekan, mandian dan penjagaan badan, kesihatan dan kesejahteraan serta elektronik dengan nilai terbaik di pasaran. Hanya buat pesanan minimum RM30 untuk menikmati Penghantaran Percuma Tanpa Had untuk apa jua jarak penghantaran.

Untuk membuat pesanan, layari airasia.com atau melalui airasia.com Asean super app.

Layari teleport.asia/deliverypartner untuk mendaftar sebagai rakan penghantaran Teleport.

Untuk berita terkini, aktiviti dan promosi, ikuti airasia di Twitter (twitter.com/airasia), Facebook (facebook.com/airasiadelivers) dan Instagram (instagram.com/airasiadelivers).  

*Perkhidmatan penghantaran airasia food, airasia fresh dan airasia shop hanya tersedia di Lembah Klang sahaja.