AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia hubungkan rakyat Malaysia ke Sibu sempena Hari Malaysia

Sepang, 4 September 2020 - AirAsia akan mengendalikan penerbangan antara Kota Kinabalu dan Sibu selama tiga hari dari 15 hingga 17 September 2020, sempena sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan di Sibu pada tahun ini.

AirAsia menyediakan satu penerbangan pada setiap hari di antara kedua-dua buah bandar tersebut dari 15 hingga 17 September 2020, dan kini dibuka untuk tempahan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dengan tambang serendah RM99* sehala.

Ketua Komersial AirAsia Amanda Woo berkata: “AirAsia bangga menjadi penghubung para tetamu ke destinasi mereka dan kami ingin terus memainkan peranan ini sempena Hari Malaysia. Penerbangan pergi balik dari Kota Kinabalu ke Sibu akan memudahkan perjalanan udara antara kedua-dua buah bandar tersebut terutamanya kepada pegawai kerajaan atau ahli perniagaan. Selain itu, AirAsia juga mengendalikan penerbangan dari Kuala Lumpur, Kuching dan Johor Bahru ke Sibu. Selamat menyambut Hari Malaysia dan semoga sambutan pada tahun ini diraikan dengan penuh makna di Sibu.”

Di AirAsia, kesihatan dan keselamatan para tetamu adalah keutamaan kami. AirAsia juga telah memperkenalkan langkah-langkah keselamatan baharu bagi para tetamu di sepanjang perjalanan termasuk sebelum, semasa dan selepas penerbangan.

Untuk maklumat terkini mengenai syarat dan keperluan kemasukan untuk Sabah dan Sarawak, sila layari halaman Keperluan Perjalanan AirAsia.

Untuk berita, aktiviti dan promosi AirAsia terkini, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua hanya untuk Ahli BIG sahaja. Tambang termasuk semua untuk bukan ahli bermula daripada RM104 sehala termasuk semua cukai.