AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia dan Penang Global Tourism bekerjasama untuk menawarkan lebih nilai kepada pelancong domestik

Dari kiri: Ketua Komersial Serantau AirAsia, Tan Mai Yin; EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE) negeri Pulau Pinang, YB Yeoh Soon Hin; Ketua Pegawai Eksekutif Penang Global Tourism Mr Ooi Chok Yan mengumumkan kerjasama antara AirAsia dan Penang Global Tourism pada sidang media yang diadakan di Komtar, Pulau Pinang hari ini.

PULAU PINANG, 23 Disember 2020 - AirAsia dan Penang Global Tourism (Lembaga Pelancongan Negeri Pulau Pinang) telah mengumumkan kerjasama baharu untuk menawarkan lebih banyak pilihan perjalanan dan perkhidmatan nilai tambah kepada pelancong domestik ke Pulau Pinang.

Kerjasama tersebut turut melibatkan airasia.com, Asean super app bersama-sama Penang Global Tourism untuk menawarkan pelbagai pakej perjalanan di Pulau Pinang serta usaha pemasaran bersama. 

EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE) negeri Pulau Pinang, YB Yeoh Soon Hin berkata: “Melihat kepada pemulihan positif terhadap aktiviti pelancongan, kami berusaha untuk terus memacu industri pelancongan, menjana pekerjaan dan ekonomi serta meningkatkan perbelanjaan pelancongan. Kerjasama dengan pemain industri pelancongan utama seperti airasia.com akan membantu kami mengembangkan usaha ini dan menawarkan pelbagai produk pelancongan dengan memanfaatkan tawaran produk mereka yang luas.

“Saya berbangga kerana Pulau Pinang mengutamakan perjalanan yang selamat kepada pengunjung kami. Pada bulan Julai 2020, Pulau Pinang melancarkan kempen ‘Pelancongan Bertanggungjawab di Pulau Pinang’. Selain itu, kami juga telah melancarkan program akreditasi keselamatan COVID-19 untuk memperkukuh langkah-langkah pencegahan yang dilakukan oleh pemain industri pelancongan Pulau Pinang. Inisiatif ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia, bertujuan untuk memberi keyakinan kepada para pelancong ketika mengunjungi Pulau Pinang.”

Ketua Pegawai Komersial airasia.com, Amanda Woo berkata: “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Penang Global Tourism kerana bekerjasama dengan kami untuk memberikan lebih nilai kepada para pelancong. Kini, pengunjung ke Pulau Pinang dapat merancang perjalanan mereka dengan mudah dengan semua tawaran menarik yang disediakan melalui kerjasama ini di bawah satu platform di airasia.com. Kami berharap orang ramai mengambil kesempatan untuk meneroka dan menikmati lebih banyak apa yang ditawarkan oleh Pulau Pinang.

“Kami juga memperluaskan rangkaian kami dari Pulau Pinang ke Kota Bharu dengan penerbangan tiga kali seminggu yang telah bermula semalam, sementara laluan baharu dari Pulau Pinang ke Sibu akan bermula pada Januari 2021. Kami berharap laluan tambahan ini akan memberikan lebih pilihan kepada para pelancong di utara, serta menghidupkan semula industri pelancongan domestik.”

Mulai 24 Disember hingga 27 Disember 2020, pakej SNAP oleh airasia.com menawarkan pakej penerbangan dan hotel termasuk penerbangan pergi balik dan penginapan selama tiga hari dua malam di hotel di Pulau Pinang. Nikmati penginapan daripada serendah RM49 seorang untuk Brown Hotel, Mei Hotel Penang dan Sunway Seberang Jaya; daripada RM179 seorang untuk hotel mewah seperti The Prestige Hotel Penang, Golden Sands by Shangri-La, Hard Rock Penang dan banyak lagi. Tempahan boleh dibuat di airasia.com dan  super app untuk tempoh perjalanan dari 4 Januari hingga 31 Mac 2021.

Istimewa untuk pelancong atau penduduk di Pulau Pinang, pautan Penang Eat + Play (PLUS) di laman airasia.com (tab Tawaran Tanpa Had) menawarkan 15 tawaran menarik dan diskaun sehingga 59% untuk makanan, tarikan dan pengangkutan. Selain itu, dengan kerjasama Penang Global Tourism, jualan kilat Penang Eat + Play (PLUS) akan berlangsung dari 24 hingga 31 Disember 2020 di mana pelancong boleh menempah pakej dengan diskaun khas RM49 menggunakan kod promo 'AAPENANG'.

Untuk berita, aktiviti dan promosi terkini, ikuti airasia di Twitter (twitter.com/airasia), Facebook (facebook.com/airasia) dan Instagram (instagram.com/airasia).