AirAsia Newsroom

View Original

Kerjasama dengan AirAsia bakal membawa lebih ramai pelancong ke Australia Barat

Photo Caption (L-R):- Tourism Western Australia Country Manager for Singapore and Malaysia Ava Ang; Western Australia Tourism Minister Hon. Paul Papalia; AirAsia X Malaysia CEO Benyamin Ismail and AirAsia X Malaysia Marketing Manager Chia PinYu flanked by AirAsia Cabin Crew at the signing ceremony.

  • Kempen pemasaran bersama bagi mempromosi tarikan utama Australia Barat di Malaysia, India, China dan Jepun 

  • Kerjasama fokus terhadap merangsang perjalanan penerbangan tambang rendah ke Perth, Australia Barat

  • Sebahagian dari peruntukan A$12 juta (RM34 juta) dana Pemasaran Antarabangsa  Kerajaan Negeri Australia Barat

  • Aktiviti di Malaysia dijangka membawa 29,000 ketibaan pelancong tambahan

SEPANG, 3 Julai 2019 – Kerajaan Australia Barat menerusi agensi pelancongan, Tourism Western Australia hari ini telah mengumumkan perkembangan perjanjian pemasaran bersama dengan peneraju penerbangan tambang rendah, AirAsia di Malaysia hari ini. 

Pengumuman dibuat oleh Menteri Pelancongan Paul Papalia di ibu pejabat global AirAsia, RedQ, perjanjian tersebut bertujuan untuk terus mempromosi tarikan pelancongan utama negeri di pasaran seperti Malaysia, India, China dan Jepun. 

Perjanjanjian bernilai A$1 juta (RM2.87 Juta), mempunyai potensi membawa ribuan pelancong tambahan ke negeri tersebut. 

Kempen pemasaran bersama akan dibangunkan bagi mempromosi penerbangan tambang rendah ke Australia Barat termasuk promosi tiket penerbangan dan pengiklanan dalam media cetak, televisyen, radio dan atas talian.

Perjanjian ini adalah sebahagian dari peruntukan A$12juta (RM34 juta) kerajaan Australia Barat bagi pemasaran antarabangsa yang diumumkan oleh Ketua Menteri Australia Barat Mark McGowan dan Encik Papalia pada Mac awal tahun ini bagi membangun ekonomi pelancongan Negeri. 

Kempen bersama ini diharap dapat menambah lebih dari 29,000 pengunjung dari Malaysia. 

Komen oleh Menteri Pelancongan Paul Papalia: 

“Kami tahu promosi tambang rendah adalah tarikan yang kuat bagi pengunjung melawat Australia Barat dan perjanjian bersama AirAsia ini akan menyumbang perkara ini di pasaran penting seperti Malaysia, India, China dan Jepun. 

“Malaysia adalah pengunjung antarabangsa kedua terbesar ke Australia Barat, jadi kami tahu rakyat Malaysia tertarik dengan tawaran dan tarikan yang ada di Australia Barat.

“Perjanjian kerjasama pemasaran ini bukan sahaja akan merangsang lebih ramai pengunjung dari Malaysia, aktiviti pemasaran di pasaran berhubung di India, China, dan Jepun turut akan menarik para pelancong dari pasaran tersebut. 

“Membangun pelancongan adalah kunci pelan Pembangunan Kerajaan Negeri bagi mempelbagaikan ekonomi, mencipta peluang pekerjaan dan membangun peluang perniagaan.

“Menambah jumlah pelancong antararabangsa ke Australia Barat akan membantu mencapai objektif tersebut. Oleh kerana itu, kami komited dengan peruntukan A$12 Juta (RM34 juta) tambahan ke aktiviti pemasaran antarabangsa bagi Tourism Western Australia.

“Ini adalah peruntukan pemasaran antarabangsa terbesar dalam sejarah Negeri dan kami berharap dapat melihat tambahan ribuan pengunjung melawat Australia Barat hasil dari peningkatan aktiviti pemasaran ini.” 

Bercakap mengenai kerjasama tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail berkata: “Kami teruja untuk mengangkat kerjasama dengan Tourism Western Australia ke tahap yang seterusnya dan menerusi perjanjian pemasaran ini dapat meningkatkan permintaan penerbangan dari pasaran Malaysia, India, China dan Jepun. 

“Sejak kami memulakan penerbangan ke Australia Barat pada November 2008, kami telah menerbangkan lebih dari tiga juta penumpang menerusi laluan Kuala Lumpur - Perth, Bali - Perth dan yang terkini Lombok - Perth yang bermula bulan lepas. Pada tahun 2018 sahaja, AirAsia telah menerbangkan lebih dari 585,000 penumpang dari dan ke Australia Barat.

“Permintaan bagi Perth dan daerah sekitar Australia Barat adalah jelas dan sokongan berterusan dari Tourism Western Australia ini akan membolehkan kami meneruskan usaha dalam meningkatkan ketibaan pelancong menerusi usaha pemasaran bersama di Malaysia, India, China dan Jepun di mana kami turut mempunyai jaringan perhubungan yang mampan.”  

Bagi menyambut pengumuman ini, AirAsia menawarkan tambang rendah bermula dari RM299* sehala bagi tempat duduk biasa dan potongan 20% dari tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah bagi penerbangan Kuala Lumpur ke Perth. Tambang rendah ini tersedia untuk tempahan di airasia.com atau menerusi aplikasi mudah alih dari sekarang hingga 7 Julai 2019*.

Majlis tanda tangan ini adalah berikutan kejayaan pelancaran Panduan Kembara Muslim oleh Tourism Western Australia. Panduan perjalanan memaparkan cadangan laluan perjalanan jalan raya yang menakjubkan, jadual perjalanan, tarikan yang mesti dilawati, restoran dan fasiliti mesra masyarakat muslim di negeri tersebut.

Bagi maklumat lanjut mengenai Tourism Western Australia dan bagi melihat Panduan Kembara Muslim, lawati laman westernaustralia.com atau Facebook page Western Australia. Bagi membuat tempahan penerbangan anda ke Perth, Australia Barat, sila lawati airasia.com

* Promosi bagi tambang termasuk semua buat ahli adalah bagi perjalanan sehala sahaja,  termasuk cukai. Tempoh tempahan bermula 3-7 Julai 2019 bagi perjalanan segera hingga 21 November 2019. Rujuk terma dan syarat di sini