AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia terus lebarkan sayap di Barat Laut China dengan laluan baharu ke Lanzhou

SEPANG,  8 Mac 2019 - Lanzhou adalah destinasi baharu AirAsia di China dengan pengumuman perkhidmatan penerbangan terus antara Kuala Lumpur dengan salah satu bandar terbesar di Barat Laut China itu.

Perkhidmatan empat kali seminggu akan bermula pada 1 Mei 2019 dan merupakan satu-satunya perkhidmatan terus menghubungkan ibu kota Daerah Gansu dari Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail berkata  “AirAsia komited dalam meluaskan kehadiran kami di China. Tahun lepas,  kami memulakan laluan baharu ke Tianjin, dan penambahan hari ini ke Lanzhou dalam rangkaian kami adalah bukti komitmen dalam melebarkan sayap kami di pasaran utama, serta terus memenuhi keperluan perjalanan pelancong dari Malaysia dan China.”

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia China dan Indochina Tassapon Bijleveld
berkata, “AirAsia adalah syarikat penerbangan terbesar mengikut kapasiti di China di mana kami mengoperasi lebih dari 600 penerbangan seminggu ke 23 bandar dari Malaysia,  Thailand dan Filipina. Laluan baharu ini akan menawarkan tambahan 156,000 tempat duduk setahun ke China, serta memberi sumbangan penting terhadap industri pelancongan, perdagangan dan pertumbuhan ekonomi tourism antara kedua negara.”

Antara tarikan pelancong di Lanzhou dan Daerah Gansu termasuk kawasan Pergunungan Wuquan,  kompleks kerajaan purba Lutusi, Kuil Bingling, Biara Buddha Tibet Labrang, Dunhuang, Taman Geo Zhangye dan Sungai Kuning. Gansu juga adalah penempatan komuniti muslim dengan lebih dari 4,000 masjid terletak di serata daerah tersebut hari ini.

Bagi meraikan laluan baharu ini,  AirAsia menawarkan tambang termasuk semua untuk ahli bermula dari RM149* bagi tempat duduk biasa dan RM789* bagi tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah. Tambang promosi ini tersedia untuk tempahan di laman web airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia bermula dari sekarang sehingga 24 Mac 2019, bagi tempoh perjalanan antara 1 Mei 2019 hingga 26 Oktober 2019.

Untuk aktiviti terkini dan promosi AirAsia, sila mengikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

* Tambang termasuk semua yang disebut adalah penerbangan sehala bagi Ahli AirAsia sahaja dan termasuk cukai. Bagi rujukan terma dan syarat, sila rujuk di sini.