AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia Allstars menyambut Deepavali bersama kanak-kanak kurang bernasib baik

Photo Caption:- AirAsia X Malaysia CEO Benyamin Ismail presented the mock cheque to Pertubuhan Kebajikan Waja Home witnessed by AirAsia Group President (Airlines) Bo Lingam at the Allstars Deepavali celebrations.

SEPANG, 23 Oktober 2019 - AirAsia Allstars hari ini menyambut perayaan Deepavali di ibu pejabat global mereka,  RedQ, bersama 30 kanak-kanak kurang bernasib baik dari Waja Home  Klang, Selangor.

Presiden Kumpulan AirAsia (Penerbangan) Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat menyambut dan menganjurkan lawatan khas buat mereka ke ibu pejabat ini sebelum meneruskan sambutan dengan makan tengah hari hidangan nasi daun pisang dan sesi perkongsian dan inspirasi bersama yang disampaikan oleh Allstars. 

Semasa sesi perkongsian tersebut, Juruterbang Kanan Kugan Tangiisuran berkongsi pengalaman beliau bermula sebagai penghantar surat di AirAsia sebelum berusaha untuk lulus peperiksaan juruterbang kadet dan seterusnya mencapai cita-cita beliau sejak dari kecil untuk menjadi seorang juruterbang, sementara kru kabin Sangeetha Nadarajanabin berkongsi pengalaman beliau menawarkan perkhidmatan dalam kabin yang telah memenangi pelbagai anugerah semasa terbang 35,000 kaki dari paras laut.

Benyamin Ismail berkata, “Kami sangat gembira dapat menjemput kanak-kanak dari Waja Home ke RedQ hari ini untuk menyambut perayaan Deepavali bersama Allstars. Kami harap dari lawatan dan mendengar kata-kata inspirasi kaki tangan kami, mereka juga dapat mengambil inspirasi untuk mencapai impian mereka sama seperti Allstars yang telah mencapai impian mereka.” 

Pada penghujung majlis, AirAsia juga menyumbang RM10,000 kepada Pusat Kebajikan tersebut bagi menyokong operasi dan kerja kebajikan mereka.

Ditubuhkan pada Januari 2008, Waja Home adalah pertubuhan kebajikan dan menjadi tempat tinggal bagi 30 kanak-kanak yang kurang bernasib baik terdiri daripada mereka yang dari keluarga berisiko tinggi, anak yatim atau yang mengalami masalah pembelajaran di antara umur 3-17 tahun. Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi mereka terus menerusi emel wajahome07@gmail.com atau melawat pusat kebajikan mereka di No.18, Lorong Temenggung 18B, Taman Sentosa Perdana, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan.