AirAsia Newsroom

View Original

Lombok akan terus berkembang pesat dengan cadangan AirAsia membangun hab baharu

JAKARTA, 25 Januari 2019 - Lombok bakal menyaksikan peningkatan ketibaan pelancong selaras dengan perancangan AirAsia untuk membangun hab baharu di daerah Nusa Tenggara Barat itu.

Pengumuman dibuat selepas beberapa siri perbincangan pemulihan pasca gempa bumi dan dilihat sebagai pemangkin yang baik untuk para pelancong dan industri pelancongan, secara langsung membantu merealisasi agenda Kerajaan Indonesia untuk melestarikan industri pelancongan dalam membangun ‘10 Bali Baharu’.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes berkata, “AirAsia akan mempercepatkan usaha pemulihan pasca gempa bumi dalam usaha menyokong komuniti di Nusa Tenggara Barat dan masyarakat Lombok.    

“Tahun lepas merupakan tahun yang sangat berduka cita dan mencabar bagi masyarakat Lombok, termasuk industri pelancongan yang terkesan akibat dari bencana gempa bumi yang berlaku. Mengumumkan yang bantuan sedang dalam perjalanan adalah satu berita yang sangat baik.

“Dalam beberapa bulan akan datang, kami akan bekerja bersama pihak lapangan terbang dan pihak berkuasa kerajaan tempatan untuk menjadikan Lombok sebagai hab terbaru kami di Indonesia dan menjadikan komitmen ini satu realiti.

AirAsia  Indonesia dijangka bakal peruntukan dua pesawat Airbus A320 yang akan berpangkalan di Lombok, dengan cadangan untuk menggandakan kekerapan ke Kuala Lumpur serta melancarkan laluan baharu ke ke Perth, Yogyakarta dan Bali dalam pertengahan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Indonesia Dendy Kurniawan berkata, “Lombok adalah destinasi pelancongan utama di rantau ini dan AirAsia bersedia untuk memberitahu dunia yang mereka bersedia untuk menerima para pelancong.

 “Sebagai destinasi percutian indah, Lombok mempunyai pelbagai potensi. Kami tahu dengan sumber yang kami ada dan kerjasama dengan industri pelancongan dari segi inisiatif pemasaran dan perhubungan awam, kami boleh mengembangkan pasaran dan mendorong permintaan buat Lombok.”

Sebagai sebahagian komitmen AirAsia bagi masyarakat tempatan Nusa Tenggara Barat, syarikat penerbangan ini juga dalam perbincangan dengan komuniti Lombok bagi membangun inisiatif pelancongan berlestari.

AirAsia memulakan perkhidmatan antarabangsa dari Kuala Lumpur ke Lombok pada Oktober 2012, dan pada masa ini mengoperasi 7 penerbangan pergi balik seminggu antara Lombok dan ibu kota Malaysia itu.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).