AirAsia Newsroom

View Original

Nasihat Perjalanan: Penerbangan ke Selatan China pada 15-18 September 2018

SEPANG, 13 September 2018 - Taufan Mangkhut dijangka akan menyebabkan gangguan perkhidmatan penerbangan AirAsia ke selatan China pada hujung minggu ini.

Untuk memastikan rancangan perjalanan anda tidak terjejas, tetamu yang  bakal terbang ke / dari Guangzhou (CAN), Shenzhen (SZX), Hong Kong (HKG), Macao (MFM) dan Shantou (SWA) antara 15 dan 18 September 2018 boleh memilih salah satu daripada yang berikut:

  1. Tukar penerbangan: Membuat satu penukaran kepada tarikh baharu bagi laluan yang sama dalam masa 30 hari kalendar dari masa penerbangan asal tanpa bayaran tambahan, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk; ATAU

  2. Tukar destinasi: Membuat satu penukaran kepada laluan lain dalam rangkaian AirAsia dalam masa 30 hari kalendar dari tarikh penerbangan asal tanpa caj penukaran dikenakan, tertakluk kepada perbezaan tambang dan ketersediaan tempat duduk; ATAU

  3. Akaun kredit: Simpan nilai tambang ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG Loyalty anda untuk perjalanan masa akan datang dengan AirAsia. Akaun kredit dalam talian ini boleh ditebus dalam masa 90 hari kalendar bermula dari tarikh yang dikreditkan. Tarikh perjalanan boleh dibuat selepas tamat tempoh akaun kredit setelah jadual penerbangan dikeluarkan;

Para tetamu yang ingin menukar penerbangan atau destinasi dikehendaki menyediakan butir-butir tarikh dan masa penerbangan baharu serta nama penumpang kepada bahagian Sokongan Pelanggan kami melalui Twitter (@AirAsiaSupport), Facebook (@AirAsiaSupport), WeChat atau Live Chat di support.airasia.com.

Untuk memohon akaun kredit, para tetamu perlu mengisi e-Borang yang boleh didapati di laman Sokongan Pelanggan:

  1. Klik pada tab ‘E-mel Kami’ di panel kanan

  2. Pilih Pertanyaan/Permintaan di bawah kategori Jenis Maklum Balas

  3. Pilih Tempahan di bawah Sub-kategori 1

  4. Pilih Taufan Mangkhut untuk Sub-kategori 2

  5. Nyatakan pilihan anda di bawah Subjek: “Akaun Kredit Taufan Mangkhut

  6. Lengkapkan borang tersebut dan klik Hantar

    a. Sila nyatakan No Ahli AirAsia BIG Loyalty anda

Anda juga boleh menghubungi kami melalui saluran-saluran berikut:

Untuk tempahan yang dibuat melalui agensi pelancongan atau pihak ketiga, sila hubungi ejen pelancongan anda secara langsung.

Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti dan memastikan para tetamu kami diberi perkembangan serta maklumat terbaru. Para tetamu juga disarankan untuk melayari airasia.com dan saluran media sosial AirAsia bagi melihat status terkini.

AirAsia menasihatkan para tetamu untuk mengemas kini butir-butir peribadi mereka di airasia.com untuk memastikan mereka menerima perkembangan terkini mengenai penerbangan mereka.

Bagi tetamu yang memerlukan maklumat lanjut dan sebarang bantuan, sila hubungi bahagian Kebahagiaan Pelanggan kami di support.airasia.com.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para tetamu kami kerana memahami dan memberi sokongan yang berterusan.