AirAsia Newsroom

View Original

Nasihat Perjalanan - Penutupan ruang udara KLIA2 pada 27-31 Ogos 2018

SEPANG, 23 Ogos 2018 - Ruang udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 akan ditutup antara jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi (waktu Malaysia) setiap hari dari 27 hingga 31 Ogos 2018.

Ini adalah bagi memberi laluan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengadakan latihan pertunjukan udara yang merupakan sebahagian dari perarakan Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos 2018.   

Penutupan ruang udara ini akan menjejaskan operasi AirAsia di klia2 dan kemungkinan mengakibatkan kelewatan serta  penjadualan semula beberapa penerbangan.

Kami akan memaklumkan kepada para tetamu yang terlibat menerusi  e-mel dan SMS jika terdapat sebarang perubahan terhadap status penerbangan mereka.

Kami menggesa para tetamu untuk mengemaskini alamat e-mel dan nombor telefon mereka (dengan awalan kod negara) melalui profil ahli AirAsia di airasia.com bagi memastikan kami dapat menghubungi dan membantu mereka.