AirAsia Newsroom

View Original

Nasihat Perjalanan: Penutupan Landasan 3 di klia2

SEPANG, 11 Mei 2018 - Kami ingin memaklumkan kepada para tetamu kami bahawa Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menutup landasan (Runway 3) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula 11 Mei 2018 (12.01 pagi waktu tempatan) hingga 7 Jun 2018 (3.00 petang waktu tempatan) untuk kerja-kerja penyelenggaraan landasan tersebut.

Berikutan penutupan landasan ini, operasi AirAsia di klia2 akan terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa penerbangan akan ditangguh, dijadualkan semula atau dibatalkan.

Kami bekerjasama dengan MAHB untuk menangani kemungkinan ini dan akan memaklumkan para tetamu yang terjejas melalui e-mel dan SMS jika terdapat sebarang perubahan pada status penerbangan mereka.

Kami juga ingin menasihatkan para tetamu untuk mengemas kini alamat e-mel dan nombor telefon (dengan kod panggilan negara) di dalam profil ahli AirAsia mereka di airasia.com untuk memastikan kami dapat menghubungi mereka untuk mendapatkan bantuan segera.