AirAsia tambah penerbangan, lanjutkan tempoh bagi tambang tetap untuk Pilihan Raya Umum ke-14
SEPANG, 19 April 2018 - Sempena peningkatan permintaan penerbangan pada musim Pilihan Raya Umum, kami akan menambah penerbangan untuk laluan domestik yang terpilih.
Di samping itu, tempoh perjalanan asal dari 8 hingga 10 Mei 2018 untuk tawaran tambang tetap kami juga akan dilanjutkan kepada 7 Mei 2018.
Dari 7 hingga 10 Mei 2018, AirAsia akan mengendalikan sebanyak 120 penerbangan tambahan, termasuklah 20 pesawat Airbus A330 yang mempunyai 377 tempat duduk.
Tambang sehala dalam tempoh ini ditetapkan pada RM99* untuk laluan dalam Semenanjung Malaysia, RM129* untuk laluan dari Semenanjung ke Sarawak dan RM199* untuk laluan dari Semenanjung ke Sabah, untuk tempahan baharu sahaja dan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.
PENERBANGAN TAMBAHAN (A320/A330)
Dalam Semenanjung Malaysia
Semenanjung Malaysia-Sarawak
Semenanjung Malaysia-Sabah
* Tambang sehala termasuk semua untuk tempat duduk standard sahaja (tidak termasuk Premium Flatbed) termasuk cukai dan caj. Tertakluk kepada terma dan syarat.