AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia Perkenal Tempat Duduk Mirus Hawk Baharu

SEPANG, 30 Mac 2018 - AirAsia berbangga menjadi syarikat pertama yang memperkenalkan tempat duduk Mirus Hawk baharu dengan rekaan yang lebih menarik, menggabungkan inovasi kabin pesawat dengan kejuruteraan perlumbaan terbaik.

Tempat duduk kelas ekonomi bermutu tinggi ini - yang diperbuat daripada fiber karbon, aluminium dan upholsteri kulit asli - dioptimumkan secara ergonomik untuk memberikan lebih keselesaan, ruang dan gaya kepada para tetamu, selain direka dengan ketahanan dan keutuhan yang lebih tinggi.

Tempat duduk baharu ini juga lebih ringan, dan dijangka membantu AirAsia mengurangkan penggunaan bahan api sebanyak lebih daripada 70,000 liter dan pelepasan karbon dioksida (CO2) sebanyak 200 tan per pesawat setiap tahun, selari dengan komitmen berterusan syarikat penerbangan ini untuk menawarkan tambang rendah dan amalan perniagaan yang mampan.

Tempat duduk Hawk ini juga mengukuhkan lagi fokus AirAsia terhadap inovasi bermula dari lapangan terbang hingga ke udara. Kesemua tempat duduk Hawk telah dipasang di kilang pengeluaran ala-automotif yang canggih di Norfolk, UK oleh Mirus Aircraft Seating, yang pakar dalam kejuruteraan Formula 1 dan mentaliti pengeluaran automotif untuk menaiktaraf tempat duduk dalam pesawat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Produk ini telah direka oleh pakar. Ia bukan sahaja tempat duduk eksklusif, malah lebih selesa dan mempunyai ruang kaki yang lebih besar. Selain itu, ia juga lebih ringan, menjadikannya lebih baik untuk para tetamu dan syarikat kami serta alam sekitar.”

Beliau menambah, “Ini hanyalah langkah pertama. Lebih banyak inovasi yang akan datang, termasuk tempat letak peranti elektronik peribadi dan port USB 2A berkuasa tinggi supaya para tetamu kami dapat berhubung dan menikmati hiburan dalam pesawat kami yang hebat. Ini adalah satu langkah perubahan yang besar dalam pengalaman penumpang LCC.”

“Ini adalah satu pencapaian yang besar untuk semua kakitangan Mirus. Ini hanyalah permulaan dalam usaha kami untuk menaiktaraf tempat duduk dalam pesawat dan kami amat berbangga kerana tempat duduk kami dipilih oleh AirAsia dan bakal terbang bersamanya - sebuah syarikat yang berinovasi dan menerajui pasaran," kata Ketua Pegawai Eksekutif Mirus, Phil Hall.

Untuk melihat tempat duduk Mirus Hawk, sila layari http://bit.ly/TheMirusHawk