AirAsia terus perkukuh hubungan di Sabah dan Sarawak dengan laluan baharu Kuching-Tawau

10x33cm-2_KuchingTawau-opt2.jpg

SEPANG, 9 Oktober 2018 - Kami terus memperkukuhkan hubungan di Sabah dan Sarawak dengan penerbangan empat kali seminggu dari Kuching ke Tawau bermula 2 Disember 2018.

AirAsia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan laluan terus yang menghubungkan ibu negeri Sarawak ke bandar ketiga terbesar di Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Kami teruja untuk melancarkan laluan baharu dari hab Kuching yang semakin berkembang. Laluan Kuching-Tawau ini merupakan bukti komitmen kami untuk terus meningkatkan hubungan di Sabah dan Sarawak, selain mengembangkan peluang ekonomi di kedua-dua buah bandar. Kuching merupakah sebuah bandar yang tidak asing lagi bagi para pelancong, dan Tawau pula kini semakin popular sebagai pintu masuk ke tapak menyelam terbaik di dunia, terutamanya oleh pelancong dari China. 90 peratus daripada laluan Fly-Thru kami ke Tawau adalah dari bandar-bandar di China dan 76 peratus daripada tetamu kami yang melawat Tawau adalah dari China. Oleh itu, kami percaya kita boleh menarik lebih ramai tetamu menerusi laluan terus ini ke Kuching dan Tawau.”

AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) kini terbang ke 13 destinasi dari Kuching ke Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kota Bharu, Johor Bahru, Bintulu, Langkawi, Pulau Pinang, Sibu, Tawau, Miri, Shenzhen, Pontianak dan Singapura. Syarikat penerbangan tersebut juga terbang ke empat destinasi dari Tawau ke Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Kuching.

Untuk meraikan pelancaran laluan baharu tersebut, kami menawarkan tambang promosi termasuk semua daripada RM79* sehala dari Kuching ke Tawau. Tambang promosi tersebut boleh didapati untuk tempahan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia bermula sekarang hingga 14 Oktober 2018 untuk tempoh perjalanan antara 2 Disember 2018 dan 26 November 2019.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Jadual Penerbangan untuk Kuching, Sarawak (KCH) – Tawau, Sabah (TWU):

Table 3.jpg

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja. Tambang yang dipaparkan hanya untuk Ahli BIG sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Malaysia, News, EnglishM ASepang