AirAsia Newsroom

View Original

AirAsia memperluaskan rangkaiannya ke China

Standing at over 415 metres tall, Tianjin Radio and Television Tower is an iconic landmark located at the heart of Tianjin city centre that offers 360 degree panorama view at its observation deck.

  • Pelancaran penerbangan terus eksklusif dari Kuala Lumpur ke Tianjin (4 x seminggu)

  • Menggandakan kapasiti tempat duduk ke Changsha lebih dari 150,000 tempat duduk setahun

SEPANG, 11 Oktober 2018 – AirAsia akan terus mengembangkan jaringannya ke China dengan pengumuman perkhidmatan penerbangan terus eksklusif antara Kuala Lumpur dan Tianjin yang bakal menghubungkan 15 juta penduduk bandar persisiran pantai China tersebut dengan rantau Asia Tenggara dan serata dunia bermula dari 2 Disember 2018 ini.

Dikendalikan oleh syarikat tambang rendah jarak jauh, AirAsia X, penerbangan terus ini bukan sahaja akan menghubungkan antara dua bandar pelancongan dan rekreasi popular ini, tetapi akan merangsang permintaan serantau melalui tambang yang nilai hebat dan membolehkan lebih ramai memulakan perjalanan mereka.

Tambang promosi termasuk semua Ahli BIG bagi laluan Kuala Lumpur dan Tianjin ini akan mula dijual di airasia.com dan aplikasi mudah alih bermula 11 Oktober 2018 hingga 21 Oktober 2018 untuk tempoh perjalanan dari 2 Disember 2018 hingga 28 Mac 2019 dengan tambang bermula dari RM288* sehala termasuk cukai untuk Tempat Duduk Standard atau bagi tetamu yang inginkan perjalanan yang lebih selesa tambang RM799* sehala termasuk cukai bagi tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah.

AirAsia juga akan menggandakan kapasiti tempat duduk bagi laluan terus antara Kuala Lumpur dan Changsha dari jumlah semasa dengan beroperasi menggunakan pesawat Airbus A330 yang lebih besar bermula 29 Oktober 2018 atas permintaan yang semakin meningkat bagi laluan popular ini.

Tambang promosi eksklusif ahli BIG bagi laluan Kuala Lumpur dan Changsha pula dari RM188* sehala termasuk cukai untuk Standard Seat dan RM799* sehala untuk Premium Flatbed yang juga boleh didapati semasa tempoh tempahan dan bagi tempoh perjalanan yang sama seperti di atas.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail berkata, “Pengumuman laluan eksklusif baharu antara Kuala Lumpur dan Tianjin serta peningkatan kapasiti ke Changsha yang akan beroperasi dengan pesawat ynag lebih besar ini akan menyumbang 300,000 kapasiti tempat duduk tambahan ke China, hal ini dengan ketara akan meningkatkan pertumbuhab, pelancongan, perdagangan dan ekonomi yang seterusnya membuka peluang merangsang kearah kejayaan Tahun Pelancongan dan Kebudayaan China 2020, yang diimpikan oleh pemimpin kedua-dua negara ini."

“Menerusi laluan sedia ada kami ke China dan tambahan dari pengumuman hari ini kami terus memperkukuhkan kedudukan kami di Utara China dan secara keseluruhannya meningkatkan kapasiti kami ke China - salah satu pasaran yang paling pesat membangun kami. Kami akan terus mencari peluang untuk terus berkembang yang bukan sahaja mengekalkan posisi AirAsia sebagai syarikat pernerbangan asing dengan kapasiti terbesar ke negara China, tetapi juga membolehkan kami kekal komited dalam usaha perjalanan udara tambang rendah untuk semua," tambah Benyamin.

Dengan pelancaran destinasi baru kami Tianjin, AirAsia akan terbang ke 20 bandar di China dengan 550 penerbangan langsung seminggu dari hab di Malaysia, Thailand dan Filipina. Ini berikutan Kumpulan AirAsia yang pesat mengukuhkan posisinya di China dengan pengenalan 13 laluan baru tahun ini sahaja, termasuk dari Bangkok Don Mueang ke Nanjing, Ningbo dan Chengdu; dari Kota Kinabalu, Phuket dan Krabi ke Macau; Phuket ke Kunming; Krabi ke Hong Kong; Chiang Mai dan Clark ke Taipei; Manila ke Kaohsiung; Cebu ke Shenzhen dan tidak lama lagi dari Kuala Lumpur ke Tianjin.

Tianjin terletak di utara China bersempadan dengan Beijing dan Daerah Heibei. Bandar metropolitan persisiran pantai ini kaya dengan nilai budaya, sosial dan ekonomi China sejak dari seabad yang lalu. Pelbagai tarikan seperti kawasan The Five Great Avenues, Menara Radio dan TV Tianjin dan Drum Tower membolehkan anda merasakan pelbaga sisi bandar ini. Penggemar sejarah akan dibawa ke masa silam yang dikelilingi oleh unsur klasik di Tianjin Ancient Cultural Street, manakala Tianjin Binhai New Area menawarkan pengunjung tarikan yang moden seperti Galeri Seni Moden Binhai, Pusat Kebudayaan Kawasan Baru Binhai dan keadaan seni Perpustakaan Tianjin Binhai yang sensasi di laman sosial kebelakangan ini.

Changsha pula menawarkan pengalaman yang lebih santai dan indah untuk pengunjung ke bandar yang terletak di Selatan Tengah China. Changsha adalah tempat kelahiran Mao Zedong, salah seorang tokoh politik China yang sangat dihormati. Dengan pemandangan alam semula jadi, sejarah dan pemandangan geografi yang indah, pelawat dapat mengunjugi Tapak Warisan Dunia UNESCO, Wu Ling Yuan (Zhangjiajie) di mana pelawat dapat menikmati pelbagai aktiviti termasuk berperahu, mendaki gunung, parasailing atau berkhemah. Kawasan indah Zhangjiajie di mana filem blockbuster Hollywood Avatar difilemkan, terdapat beberapa lokasi menarik seperti Tianzi Mountain, Yangjiajie, Wulingyuan, Gunung Tianmen, dan Rumah Diaojiao di Shiyanping.

Bagi menempah perjalanan anda, layari airasia.com. Dapatkan maklumat terkini mengenai promosi dan aktiviti AirAsia melalui Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Tambang termasuk semua adalah bagi perjalanan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.