AirAsia Newsroom

View Original

Kerjasama AirAsia-Tourism Malaysia Pacu Sektor Pelancongan

Kini semua boleh melawat Malaysia, Truly Asia dengan diskaun sehingga 70 peratus

SEPANG, 26 Januari 2018 – AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, meneruskan kerjasamanya dengan Tourism Malaysia dengan menawarkan sehingga 70 peratus diskaun ke semua destinasi di Malaysia.

Promosi serantau ini bertujuan untuk memacu sektor pelancongan Malaysia - penyumbang ekonomi kedua tertinggi negara – sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, yang menyasarkan untuk menarik 36 juta pelancong yang akan memberikan pulangan sebanyak RM 168 bilion melalui resit pelancongan.

Promosi ini juga telah dilancarkan pada hari ini oleh Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad di Asean Tourism Forum (ATF) di Chiang Mai, Thailand.

Lawatilah tarikan terbaik di Malaysia, termasuklah bangunan pencakar langit serba moden dan pusat membeli-belah bertaraf dunia di Kuala Lumpur, kecantikan alam semula jadi di Sarawak dan Langkawi, makanan jalanan terbaik dunia di Pulau Pinang, dan pulau-pulau indah di Sabah, Johor dan Terengganu, dengan tambang rendah apabila anda menempah mulai hari ini hingga 28 Januari 2018 di airasia.com atau menerusi aplikasi mudah alih AirAsia untuk tempoh perjalanan antara 1 Ogos dan 22 November 2018.

Ketua Komersil AirAsia Berhad, Spencer Lee berkata, “Kami amat berbesar hati untuk memulakan Tahun Melawat Malaysia 2020 menerusi promosi ini, dan amat berbangga menjadi rakan syarikat penerbangan Tourism Malaysia. Pada tahun lepas, kami telah menerbangkan lebih 9 juta orang tetamu ke Malaysia dan kami berharap untuk menerbangkan lebih ramai lagi pada tahun ini.

“Tiada istilah terlalu awal untuk menggalakkan para pelawat dari seluruh rantau ini dan lebih lagi ke negara kita yang menarik dan kami berharap untuk terus bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk menawarkan sambungan yang lebih baik dalam negara dan ke Malaysia menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020.”

Pada tahun lepas, AirAsia dan Tourism Malaysia telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) selama dua tahun untuk mempromosikan pelancongan di Malaysia. Perjanjian ini meliputi usahasama daripada segi pengiklanan jenama, aktiviti promosi dan kempen; lawatan suai kenal ke Malaysia; sinergi dalam perancangan antara pembangunan sektor pelancongan dan pengangkutan udara untuk menyediakan hubungan laluan yang lebih baik; perkongsian teknik pemasaran dan bantuan untuk membangunkan sektor pelancongan; jerayawara diantara kedua-dua pihak untuk memasarkan Malaysia; dan banyak lagi.

Selain daripada tambang rendah di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia, para tetamu juga boleh menempah aktiviti perjalanan dengan lebih jimat di deals.airasia.com atau travel3sixty.com. Pilih daripada 13,000 aktiviti, restoran dan acara yang menarik dan rancanglah perjalanan anda di 77 destinasi AirAsia di Asia Pasifik dengan platform ini yang lengkap dengan jemputan percuma untuk kebanyakan aktiviti yang memerlukan pengangkutan.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).