AirAsia menang kategori Kempen Pemasaran Terbaik di Anugerah Pelancongan Asean

080817.JPG

SEPANG, 9 August 2017 - AirAsia telah memenangi kategori Kempen Pemasaran Terbaik di Anugerah Kecemerlangan Persatuan Pelancongan Asean (ASEANTA).

Kempen “Think Asean, Think AirAsia” AirAsia telah diumumkan sebagai Kempen Promosi dan Pemasaran Terbaik Asean di Anugerah Kecemerlangan ASEANTA ke-30 bertempat di Hotel Borobudur di Jakarta semalam.

Kempen tersebut yang berlangsung dari 8 hingga 14 Ogos 2016 bersempena Hari Asean, menampilkan album gambar dan kenyataan menarik bagi tempat-tempat yang harus dikunjungi di Asean di media sosial dan platform digital majalah travel 3Sixty, menu dalam penerbangan AirAsia yang diilhamkan oleh negara-negara Asean, dan siri video di YouTube mengenai aktiviti dan juadah yang harus dicuba di setiap negara Asean – semuanya dengan tambang promosi dari serendah RM10 ke semua negara Asean.

Anugerah Kempen Promosi dan Pemasaran Terbaik Asean mengiktiraf kempen promosi atau pemasaran yang dianjurkan oleh mana-mana syarikat di dalam atau di luar rantau ini yang mampu meningkatkan kesedaran secara efektif mengenai Asean sebagai destinasi tunggal.

Anugerah itu telah disampaikan oleh Menteri Pelancongan Indonesia Arief Yahya kepada Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Indonesia, Dendy Kurniawan yang menerima anugerah itu bagi pihak Kumpulan AirAsia.

Anugerah tahunan ASEANTA juga mengiktiraf individu atau organisasi yang telah menyumbang kepada pembangunan dan promosi produk pelancongan Asean.

Sejumlah enam kategori telah dipertandingan pada tahun ini, termasuklah Artikel Pelancongan Terbaik Asean, Gambar Pelancongan Terbaik Asean, Program Syarikat Penerbangan Terbaik Asean dan Usaha Mengekalkan Kebudayaan Terbaik Asean.

Ketua Bahagian Penjenamaan Kumpulan AirAsia, Rudy Khawberkata, “Anugerah ini merupakan satu penghormatan kerana sekali lagi kami dipilih untuk memenangi Kempen Pemasaran Terbaik Asean. Sebagai syarikat penerbangan Asean, kami sentiasa bersedia untuk mempromosikan rantau ini, dan kami teruja kempen ini yang menggambarkan apa yang terbaik di Asean, memainkan peranan dalam menjadikannya destinasi pilihan untuk lebih ramai pelancong.”

AirAsia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan Asean yang terbang ke semua 10 negara Asean dan beroperasi di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan India.

Untuk berita, aktiviti dan promosi mengenai AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Malaysia, NewsMinjun YuSepang